Haiwan

Unta vs Manusia

Maha suci Allah yang telah menciptakan berbagai jenis haiwan yang sesuai dengan iklim dan kedudukan muka bumi agar manusia dapat mengambil faedah dan keperluan daripadanya. Sebagai contoh, penguin mempunyai ciri-ciri istimewa yang sesuai dengan iklim sejuk melampau, begitu juga unta yang telah diciptakan sesuai untuk iklim panas yang melampau. Unta adalah sejenis haiwan yang sangat berguna untuk penduduk-penduduk padang pasir kerana ciri-ciri dan sifatnya yang tahan lasak serta berbeza dengan haiwan-haiwan lain termasuk manusia sendiri.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Az-Zukhruf (Ayat 12-14): “Dan (Dialah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, (12) Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. (13) Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (14)”

PERBANDINGAN ANTARA MANUSIA DAN UNTA

Membandingkan kebolehan unta vs manusia akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang keunikan dan keajaiban yang terdapat pada unta.

1) Kajian saintifik telah membuktikan bahawa unta yang hidup dengan makanan kering boleh bertahan dalam keadaan yang sangat dahaga dan musim panas terik selama 2 minggu atau lebih. Walaupun ini akan menyebabkan unta ini kehilangan satu perempat berat badannya sehingga menjadi sangat kurus.

Tetapi manusia yang terdedah dalam keadaan ekstrim sebegini akan hanya boleh hidup dalam masa satu atau dua hari. Setelah terdedah kepada keadaan ekstrim, apabila manusia kehilangan 5% air daripada berat badannya, dia akan kehilangan kawalan diri. Sekiranya peratusan kehilangan air meningkat kepada 10%, manusia akan mula menjadi keliru, kehilangan pendengaran dan kehilangan rasa sakit (ini adalah anugerah Allah s.w.t. yang maha pemurah dan mengasihani untuk manusia yang sedang menderita kebuluran). Namun, apabila kehilangan air dalam badan melebihi 12% daripada berat badannya, manusia tidak akan mampu untuk menelan makanan dan tidak boleh hidup walaupun dengan adanya air tanpa bantuan orang lain.

Sebagai panduan untuk membantu mangsa yang hampir mati akibat kehausan, pembantu perlu memberi air dalam kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan kejutan kepada perubahan bahagian jumlah air yang terdapat didalam darah.

Keadaan ini berbeza dengan unta yang boleh meneguk air dengan kuantiti yang banyak tanpa bantuan sesiapa bagi menggantikan kehilangan air dari dalam badannnya ketika kehausan dan ketiadaan air.

2) Satu lagi kelebihan unta yang mengalahkan manusia biasa ialah unta mampu untuk minum bagi menghilangkan dahaga apa sahaja jenis air yang boleh di temui, walaupun air laut yang sangat masin atau pahit dari air gambut. Ini adalah merujuk kepada kebolehan pada buah pinggan unta yang boleh menapis serta mengeluarkan garam melalui air kencing dan mengambil airnya untuk kegunaan sistem badan.

Berbanding manusia, sekiranya usaha untuk menyelamatkan mangsa kehausan menggunakan air masin akan mengakibatkan kematian mendadak.

3) Apa yang menakjubkan ialah, unta yang hidup dalam keadaan cuaca gurun yang ekstrim, boleh minum sejumlah besar air minuman untuk dijadikan sebagai peluh, air kencing atau wap panas yang keluar daripada pernafasan yang keluar daripada badannya. Unta mampu kehilangan hampir satu perempat jumlah air daripada berat badannya tanpa sebarang masalah kerana air hanya kehilangan daripada tisu badannya dan hanya sedikit daripada dalam darahnya, agar darah dapat mengalir seperti biasa sebagai pengalir haba dari dalam badan dan menghilangkan haba tersebut melalui permukaan badannya. Tanpa kebolehan ini, suhu akan meningkat secara mendadak sehingga mengakibatkan sistem dalaman tidak dapat menanggung terutamanya organ otak yang akhirnya boleh mengakibatkan kematian.

Sekiranya kita mahu berfikir, ada terdapat beberapa sudut berkaitan dengan keajaiban penciptaan unta dari aspek struktur dan ciri-cirinya. Ini hanya boleh disedari melalui pemerhatian terhadap naluri seorang Badwi – yang hidup di gurun – mereka berasa amat yakin tentang keajaiban penciptaan unta semenjak azali lagi. Ini secara langsung menunjukkan kehebatan Yang Maha Pencipta.

Sumber Rujukan : The Quran Miracles Ecyclopedia

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: