Tanah Suci Madinah

Ziarah Maqam Nabi s.a.w.

Musim mengerjakan haji telah bermula dan kini para bakal jemaah haji sedang sibuk menyediakan persediaan untuk berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah. Bagi sesiapa yang bertuah dengan diberi kelapangan, rezki serta kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, sudah pastinya mereka tidak mahu ketinggalan untuk menjejakkan kaki ke kedua-dua Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Mengikut kebiasaannya, para jemaah akan diberi peluang untuk berada di Madinah selama 8 hari lamanya. Samada kunjungan ini dilakukan sebelum atau selepas musim haji adalah bergantung kepada perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan haji. Di Madinah, para jemaah akan berpeluang menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. di samping mengerjakan ibadah di Masjid Nabawi. Ambillah kesempatan yang ada untuk mengerjakan sebanyak-banyak ibadah yang mungkin samada solat sunat, zikrullah, membaca Al-Quran, berpuasa, bersedekah, membantu orang yang dalam kesusahan dan sebagainya.

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman dan Abu Abdillah Al Aghar, keduanya adalah kawan Abu Hurairah. Dan keduanya telah mendengar Abu Hurairah berkata: “Solat di masjid Rasulullah saw 1,000 kali lebih afdal dari solat di masjid-masjid lain, selain di Masjidil Haram. Sesungguhnya Rasulullah saw adalah Nabi yang paling akhir. Dan masjid beliau adalah masjid yang paling akhir dibangun.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0675)

Namun begitu ada terdapat di kalangan jemaah yang terus pulang tanpa mengunjungi Masjid Nabawi terutamanya kumpulan jemaah yang mempunyai kemampuan antuk berbuat demikian. Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan haji (di Mekah) dan tidak datang menziarahiku (di Madinah). Sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadapku (tidak berlaku adil)“. (Hadis Riwayat Ibnu Add)

Justeru, apabila kita diberi rezki serta kesempatan untuk ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah, luangkanlah masa untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah Al-Munawwarah. Semoga ini akan menambahkan kekuatan, penghayatan terhadap Islam serta meningkatkan rasa kecintaan kita kepada baginda Rasulullah s.a.w.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: