Maklumat Umum

Syuhada’ dan pejuang Melayu Islam

Pejuang IslamKita sering didedahkan dan terpesona dengan kehebatan serta keberanian pejuang Islam di negara-negara luar dalam memperjuangkan  serta memartabatkan tamadun mereka. Nama-nama termasyur seperti Syaidina Hamzah, Khalid Al-Walid, Salahuddin Al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad dan sebagainya telah sebati dengan sejarah perkembangan tamadun Islam. Namun dalam masa yang sama kita perlu juga mengambil kira pengorbanan yang telah diberikan oleh wira-wira negara semoga ianya akan dapat meningkatkan jati diri umat Islam di rantau ini.

Sekiranya diteliti sejarah silam, pengorbanan para pejuang tanah air dalam usaha menghalang penjajahan serta membebaskan negara daripada cengkaman serta penindasan bangsa asing/ kufar adalah sangat berharga dan selayaknya mereka diiktiraf sebagai wira dan syuhada’.  Tanpa benih semangat perjuangan yang mereka taburkan, bangsa Melayu Islam tidak akan sedar serta bangkit menentang penjajahan dan besar kemungkinan akan tetap berada pada ‘takuk’ lama.

Para pejuang Islam Melayu adalah kebanyakkannya bangkit menentang British kerana telah cuba mencampuri urusan agama, akidah dan menjajah negara. Sebagai memperingati perjuangan mereka, berikut ini disenaraikan tokoh-tokoh pejuang Islam di Tanah Melayu yang ada diantaranya menemui syahid ditangan penjajah:-

Tahun Nama Tempat Jasa dan Pengorbanan
1817-1918 (Hidup) Sayyid Abdul Rahman al-Idrus (Tok Ku Paloh) Terengganu Mengetuai perundingan dan menghalang penjajahan Bristish di Terengganu. Memperkukuhkan dan memperbesarkan pasukan pahlawan menjadi besar dan tersusun. Membantu perjuangan Dato’ Bahaman, To Gajah Dan Mat Kilau.
1877 (Akhir tahun perjuangan) Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam Pasir Salak, Perak. Menentang pencerobohan British yang mencabar ketuanan Raja-Raja Melayu Islam di Perak. Dengan persetujuan mesyuarat Raja-Raja, beliau telah merancang pengusiran penceroboh British dengan berbagai cara serta berjaya membunuh wakil British di Perak iaitu J.W.W Birch.
1877 (Akhir tahun perjuangan) Dato’ Sagor Pasir Salak Perak Berjuang mentang pencerobohan British dan merancang J.W.W. Birch bersama Dato’ Maharaja Lela
1853-1915 (Hidup) Haji Mat Hassan (Tok Janggut) Pasir Puteh, Kelantan Menentang penindasan oleh penjajah British.
1868-1929 (Hidup) Haji Abdul Rahman Limbong Terengganu Seorang ahli Sufi yang menentang penjajah menggunakan kuasa mahkamah.
1891 (Tempoh kemuncak pemerintahan) Long Mansor Long Ahmad (Sultan Mansur) Kelantan Memberi sokongan serta perlindungan kepada perjuangan menentang British yang diketuai oleh Dato’ Bahaman.
1891-1895 (Tempoh kemuncak perjuangan) Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh (Dato’ Bahaman) Pahang Pengetuai penentangan terhadap pencerohoh kuasa British dan sekutunya antara tahun 1891-1894 dan berjaya menawan beberapa kawasan sekitar negeri Pahang.
1891-1895 (Tempok kemuncak perjuangan) Imam Rasu bin Shahrum (Tok Gajah) Pahang Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
1865-1970 (Hidup) Mat Kilau bin Imam Rasu Jerantut, Pahang Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu melakukan penentangan ke atas pihak British walaupun tidak mendapat sokongan Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British.
1874-1977 Haji Nong Taib bin Santan (Pawang Nong) Kuala Lipis, Pahang Menentang penjajahan British, Komunis dan Jepun.
1897-1900 (Tempoh kemuncak perjuangan) Datu Mat Salleh Sabah Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai perjuangan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900
1932-1950 (Hidup) Rosli Dhoby Sibu, Sarawak Berjaya membunuh Gabenor penceroboh British di Sarawak iaitu Duncan George Steward.
1916-1959 Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (Kiyai Salleh) Johor Berjuang menentang Komunis, Tentera Jepun dan menentang penjajahan British.
1957-1970 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Tanah Melayu Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Oleh kerana keterbatasan sumber rujukan, masih ramai lagi nama-nama pejuang yang berjasa yang tidak tersenarai  dalam ruangan ini. Diharap senarai ini akan dapat sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kini sudah sampai masanya kita memadamkan kesemua retorik yang direkacipta oleh bangsa-bangsa penjajah dengan melabelkan para pejuang ini sebagai pemberontak, pembelot, pengganas dan sebagainya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak bangkit menyokong mereka.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: