Maklumat Umum

Asal usul Simbol R4BIA

r4bia#05Sejarah simbol “R4BIA” telah bermula ketika berlaku perhimpunan secara aman di Dataran Rabia al-Adawiyah, Kaherah, Mesir. Perhimpunan ini telah disertai oleh para penyokong presiden Mohamed Morsi yang telah digulingkan oleh regim tentera Mesir yang bermula pada 28hb Jun 2013.

Semasa perhimpunan ini dijalankan, simbol R4BIA ini telah digunakan buat kali pertamanya oleh para peserta dengan mengangkat tangan dan menunjukkan 4 jari. Menurut sumber, para pemilik asal simbol R4BIA ini telah syahid di dataran  Rabia al-Adawiyah setelah berlaku pembunuhan yang dilakukan oleh regim tentera Mesir keatas peserta perhimpunan pada 3hb Julai 2013.

Ketika ditanya apakah makna simbol yang telah digunakan?, Mereka menjelaskan:

“Inilah simbol ‘Rabia’. Rabia dalam bahasa Arab adalah bermakna Empat. Dataran ini bernama Dataran Rabiatul Adawiya iaitu salah seorang wali Allah. Beliau mendapat namanya kerana beliau merupakan anak yang keempat. Kami menggunakan nama ini sempena memperingati beliau.”

“Sebab kedua mengapa ianya sangat bermakna ialah kerana Mohamed Morsi adalah Presiden Mesir yang keempat selepas Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Kami menggunakan simbol bagi mengigatkan rakyat tentang perlantiakan beliau sebagai presiden.”

“Tambahan pula, mereka yang menyokong tentera di Dataran Tahrir telah menggunakan simbol V dengan dua jari. Tidak mungkin kami menggunakan simbol yang sama dengan mereka. Kami menyebar dan menggunakan simbol Rabia bagi membezakan antara kami dengan mereka.”

Logo pada simbol ini adalah terdiri daripada empat jari berwarna hitam dan berlatar belakangkan warna kuning. Hitam adalah melambangkan warna Kelambu Kaabah dan Kuning melambangkan dom “Qubatus Sakhra” yang berwarna kuning keemasan yang terdapat pada Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Kini R4BIA mempunyai laman webnya sendiri www.r4bia.com yang mengandungi berbagai maklumat berkenaan simbol ini dan bagaimana ianya bermula.

Menurut laman web ini, “R4BIA adalah kepunyaan dunia Islam secara keseluruhannya.”

“Rabia adalah simbol kesedaran, yang dibangkitkan sebagai tindakbalas terhadap kekejaman, penindasan dan tekanan yang berlaku sekian lama terhadap politik, ekonomi dan peradaban yang berpanjangan – berlaku di Barat dan Timur – yang ditujukan terhadap Islam dan umat Islam.”

“Konsep Barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, kesaksamaan dan hak kehidupan, sentiasa di laksanakan secara berat sebelah, telah menyebabkan keruntuhan Palestin, Syria, Bosnia dan terbaru Mesir. Dengan semangat logo ‘Rabia’, konsep yang sama akan diinterpretasikan menurut prinsip Islam.”

Menurut laman web ini lagi, R4BIA juga mempunyai beberapa defenasi lain diantaranya ialah:

“R4BIA adalah simbol kemerdekaan

R4BIA adalah kelahiran kepada pergerakan baru untuk kemerdekaan dan keadilan

R4BIA adalah kelahiran dunia baru

R4BIA adalah simbol Muslim kembali semula ke pentas dunia

R4BIA bermakna keadilan, kemerdekaan dan jati diri

R4BIA ialah tempat di mana jolokan “Western Value” akan runtuh

R4BIA bermakna  rakyat Mesir mengecapi kemerdekaan dengan menemui kematian”

Akhir kata, walau apa sahaja perjuangan dan tindak tanduk kita sebagai hamba Allah, segalanya mestilah dipaksikan kearah menegakkan agama Allah dan niat Lillahi Taala. Semoga Allah akan sentiasa melindungi akidah serta memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam.

“Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang tercinta.”

Nota: Sumber maklumat telah dipetik dari laman web www.r4bia.com. Namun, maklumat berkenaan pemilik dan moderator laman ini tidak dapat diketahui dengan jelas.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Asal usul Simbol R4BIA

  1. ooo baru faham

    Posted by shabila | August 31, 2013, 1:53 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: