Maklumat Umum

Panda Gergasi

Panda Gergasi dalam bahasa Cina disebut sebagai ‘Pinyin’. Ia adalah merupakan haiwan mamalia yang diklasifikasikan dalam keluarga beruang yang berasal daripada benua Cina Tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan Sichuan dan Tibet. Pada pertengahan abad ke-20, Panda telah dijadikan lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat Cina, dan sehingga kini

Panda Gergasi merupakan spesis haiwan terancam akibat dari ancaman kehilangan habitat secara berterusan disamping mengalami kadar kelahiran yang rendah. Statistik tahun 2004 merekodkan hanya sebanyak 1,600 ekor panda dipercayai masih hidup secara liar di dalam habitat asal mereka. Panda Gergasi merupakan simbol World Wildlife Fund (WWF).

PEMAKANAN
Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai haiwan ‘maging’, kaedah pemakanan mereka hampir keseluruhannya menyerupai haiwan ‘maun’. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya dengan memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah sejenis ‘maserba’, kerana panda diketahui memakan telur dan juga serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protin yang diperlukan.

PEMBIAKAN
Panda Gergasi sebelum ini menghadapai masalah mengawan dalam kurungan. Pada Julai 2009, ahli sains China mengesahkan kelahiran anak panda pertama yang berjaya dibuntingi melalui pemanian beradas dengan menggunakan sperma panda jantan yang dibekukan.

Anak Panda tersebut telah dilahirkan pada 23 Julai pada pukul 07:41 di Sichuan sebagai anak ketiga You You iaitu seekor panda yang berusia 11-tahun. Kelahiran pertama ini disambut sebagai satu penyelesaian kepada masalah pembiakan yang membawa kepada kaedah pembiakan Panda Gergasi secara beradas.

FIZIKAL PANDA GERGASI
panda03Panda Gergasi mempunyai bulu berwarna hitam dan putih. Saiz seekor panda dewasa adalah di antara 1.2 to 1.8 m panjang, termasuk ekor sepanjang 13 cm (5.1 in), dan tingginya di antara 60 hingga 90 cm pada bahagian bahu. Seekor panda jantan mempunyai berat sehingga 160 kg. Panda betina kebiasannya 10–20% lebih kecil daripada panda jantan. Boleh mempunyai berat dari 75 kg hingga 125 kg (276 lb). Purata berat panda dewasa ialah di antara 100 to 115 kg.

Panda Gergasi mempunyai tapak tangan luar biasa, dengan satu “ibu jari” dan lima jari biasa; “ibu jari” merupakan tulang pergelangan tangan yang unik.

Panda secara tipikalnya boleh hidup sehingga 20 tahun di hutan dan sehingga 30 tahun dalam kurungan. Rekod panda tertua hidup dalam peliharaan yang pernah dicatatkan ialah seekor panda betina bernama Ming Ming yang telah hidup sehingga 34 tahun (1977 – 7 May 2011). Ming Ming telah mati akibat kegagalan buah pinggang di Xiangjiang Wild Animal World di Guangdong Province.

PANDA DI DALAM ZOO
Panda telah ditempatkan di dalam zoo semenjak Dinasti Han di Cina dimana seorang penulis bernama Sima Xiangru telah mencatatkan bahawa panda telah dianggap sebagai haiwan berharga yang terpelihara dalam taman milik emperor yang terletak di ibu negara Changan. Pada tahun 1950an, panda telah ditempatkan di Zoo Negara Cina.

Seekor panda yang diberi nama Chi Chi yang terletak di Zoo London telah menjadi sangat popular sehingga mempengaruhi WWF untuk menggunakan panda sebagai simbolnya.

Pada tahun 2006 sebuah artikel di New York Times telah membandingkan kos untuk memeliharaa panda adalah lima kali ganda lebih mahal berbanding kos yang diperlukan untuk memelihara haiwan yang paling mahal iaitu gajah.

Zoo Amerika telah membayar kerajaan Cina sebanyak 1million dollar setahun, iaitu sebahagian daripada kontrak selama 10 tahun. Kontrak San Diego dengan Cina telah tamat tempoh pada tahun 2008, tetapi mendapat tempoh lanjutan sehingga lima-tahun dengan separuh dari kos sebelumnya. Kontrak terakhir ialah dengan Zoo Memphis di Memphis Tennessee iaitu tamat pada akhir tahun 2013.

PANDA GERGASI DI MALAYSIA
Pada 15hb Jun 2012, kerajaan Malaysian dan kerajaan Cina telah memeterai perjanjian peminjaman dua ekor panda gergasi bernama Feng Yi (betina) dan Fu Wa (jantan) selama 10 tahun. Ini adalah bertujuan untuk memperingati ulang tahun persahabatan pertalian diplomatik di antara Cina dan Malaysia selama 40 tahun.

Setelah hampir dua tahun daripada perjanjian yang dimeterai itu iaitu pada 21hb Mei 2014, kedua-dua ekor panda gergasi tersebut telah dihantar ke lapangan terbang KLIA melalui penerbagan Mas Kargo.

Feng Yi dan Fu Wa telah ditempatkan di Zoo Negara Kuala Lumpur yang hanya dibuka untuk tontonan orang ramai pada akhir bulan Jun 2014. Tiket berharga RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak dan warga emas) akan dikenakan kepada para pengunjung.

Pihak Zoo Negara Malaysia akan menghadkan hanya 3000 orang pengunjung sahaja yang setiap hari dengan waktu lawatan dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pihak Zoo Negara juga akan mengadakan peraduan menamakan kedua-dua panda gergasi ini kepada nama tempatan. Diharap dengan kehadiran kedua-dua ekor panda gergasi ini secara langsung atau tidak langsung akan dapat memberi manfaat buat seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Sumber: National Georaphic, Wikipedia.

p/s: Artikel ini diterbitkan ketika Feng Yi dan Fu Wa masih lagi menjalani proses kuarantin selama sebulan di Zoo Negara Malaysia dan masih belum boleh dilawati oleh orang ramai.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: