Hadis-Hadis Pilihan

Kuasai Ilmu dalam Al-Quran

Rasulullah SAW. bersabda: “Belajarlah olehmu sekalian akan Al-Quran, bacalah ia dan tekunilah. Maka sesungguhnya permisalan Al-Quran dan orang yang mempelajarinya, kemudian melaksanakannya adalah seperti bekas yang penuh dengan minyak misik, yang menyebar aromanya di setiap tempat. Dan permisalan orang mempelajari Al-Quran, kemudian menekuni, sedangkan dia berada di rongganya, adalah seperti permisalan bekas yang terbalut oleh misik”.(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0217)

Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia dan makhluk alam semesta yang sangat baik sifatnya dan dilengkapi dengan akal fikiran serta ilmu yang bermanfaat sesuai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Sesudah menciptakan manusia dengan akal fikiran, Allah s.w.t telah membekalkan manusia dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan yang sangat luas dan tidak terhitung jumlahnya.

Dengan berkat limpah kurnia serta belas ehsan-Nya, umat Islam telah dikurniakan dengan satu kelebihan iaitu kitab suci Al-Qur’an sebagai panduan dan kunci perlembagaan kepada segala ilmu pengetahuan yang Allah s.w.t. telah kurniakan untuk dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia.

Kita sebagai umat Islam sudah semestinya menyedari tentang hakikat segala kunci rahsia ilmu pengetahuan ini telah tersedia didalam kitab suci Al-Qur’an ini. Kegagalan umat Islam mengambil manfaat daripada kelebihan yang Allah s.w.t sediakan ini adalah dianggap sebagai satu kerugian yang amat besar.

Mungkin sebelum ini, kita sering dibelenggu dengan masalah untuk mempelajari serta mengkaji isikandung yang terdapat didalam Al-Qur’an kerana faktor penguasaan bahasa Arab yang lemah. Namun kini umat melayu nusantara tidak lagi perlu gusar kerana kini telah terdapat dipasaran ‘Al-Qur’an Cordoba The Amazing 33 in 1‘ yang merupakan Al-Qur’an Lengkap dengan penjelasan dan panduan untuk membantu memudahkan kita mempelajari Al-Qur’an secara menyeluruh.

Al-Qur’an Cordoba The Amazing 33 in 1 ini mengandungi 7 tema utama yang mengandungi penjelasan serta keterangan menyeluruh tentang aspek-aspek yang terdapat di dalam 7 tema tersebut. Ketujuh-tujuh tema ini adalah termasuk:-
1. Ibadah
2. Muamalah
3. Akidah
4. Sirah Nabawi
5. Kisah Nabi dan Rasul
6. Terapi Qur’ani
7. Asmaul Husna

Al-Qur’an Cordoba The Amazing 33 in 1 ini juga merupakan versi tajwid yang sangat mudah untuk diikuti dan dipelajari. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada link berikut Al-Qur’an Cordoba The Amazing 33 in 1


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: