Haiwan, Nutrisi, Penjagaan Kesihatan

Adakah Susu Kambing Lebih Baik Dari Sudu Lembu? Berikut adalah senarai manfaat kesihatan

Walaupun susu lembu masih menjadi salah satu minuman kebiasaan atau harian rakyat negara ini, adalah menarik untuk diambil perhatian bahawa ianya juga boleh menjadi sebab mengapa ramai orang mengalami masalah gas, kembung dan lain-lain bentuk masalah senak di dalam perut.

Apabila secara puratanya lembu telah diberikan hormon pertumbuhan, antibiotik, makanan GMO, vaksin dan terdedah kepada keadaan toksik, maka tidak hairanlah ramai manusia mengalami kesan negatif dari mengambil susu lembu pasteur.

Susu kambing adalah alternatif yang lebih sihat, terutama apabila ia dalam keadaan mentah dan organik. Kambing menghasilkan kira-kira 2% daripada bekalan susu global dan ia adalah menarik bahawa kebanyakan mereka yang mengambil susu kambing mengalami insiden yang lebih rendah terhadap alahan laktosa dan aduan terhadap masalah pencernaan.

Kelebihan Susu Kambing: Susu kambing menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, dengan sangat sedikit kesan sampingan berbanding meminum susu lembu biasa.

1. Reaksi kepada Keradangan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa salah satu faedah utama susu kambing ialah ia boleh memberi manfaat keradangan. Satu lagi sebab mengapa ia adalah lebih mudah untuk orang-orang dengan keradangan usus minum susu kambing, dan bukan susu lembu.

2. Mesra alam
Kambing memerlukan ruang yang jauh lebih rendah dan sedikit makanan berbanding lembu. Biasanya, anda boleh membiakkan enam ekor kambing dengan selesa pada keluasan yang sama seperti dua ekor lembu.

3. Ejen Metabolik
Kajian yang dilakukan di USDA dan Prairie View A & M University, mengaitkan susu kambing dengan meningkatkan keupayaan untuk memetabolismakan besi dan tembaga, khususnya di kalangan individu yang mengalami permasalahan penghadaman dan pencernaan. Selain minum susu kambing, anda juga boleh mengambil makanan tambahan enzim penghadaman sebagai bantuan tambahan.

4. Bio-ketersediaan
Satu lagi faedah kesihatan utama susu kambing, adalah bahawa ia lebih hampir kepada susu ibu manusia berbanding susu lembu. Kerana ia mempunyai bahan kimia yang terbentuk hampir mirip dengan susu manusia, adalah lebih mudah untuk dihadamkan dan di-asimilasikan dalam tubuh manusia.

5. Rendah Lemak
Susu kambing adalah pilihan yang baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Ia mempunyai kurang lemak, tetapi masih mengekalkan tahap protein dan asid amino yang penting sebagaimana yang terdapat juga dalam susu lembu.

6. Tinggi Asid Lemak
Walaupun susu lembu mempunyai kira-kira tujuh belas peratus asid lemak, purata susu kambing mempunyai tiga puluh peratus asid lemak, menjadikannya lebih berkhasiat dan sihat. Malah, sehingga 50% daripada orang yang mengalami ‘alahan perut’ terhadap laktosa susu lembu mendapati bahawa mereka dengan mudah boleh mencerna susu kambing, terutamanya jika ia dalam keadaan mentah.

7. Kaya dengan Zat Kalsium
Ramai orang bimbang bahawa mereka perlu minum susu lembu untuk pengambilan kalsium dan mencegah pereputan tulang. Susu kambing juga tiada syak lagi mampu untuk menawarkan zat kalsium dengan jumlah yang tinggi.

8. Anti-Mukus
Walaupun meminuman susu lembu mempunyai alasan yang sama terhadap alahan dan mukus yang berlebihan, namun susu kambing tidak. Susu lembu yang tinggi lemak boleh meningkatkan tahap pembinaan mukus. Selain itu, saiz lemak globules dalam susu kambing adalah 1/9 lebih kecil berbanding yang terdapat pada susu lembu, satu lagi sebab mungkin kenapa ianya tidak menimbulkan ketidak selesaan dalam usus.

9. Agen Penyuburan
Dalam perubatan Naturopathic, kambing dirujuk sebagai haiwan natrium bio-organik. Mereka juga dikaitkan dengan semangat, fleksibiliti dan daya hidup. Lembu adalah haiwan kalsium yang dikenali sebagai haiwan berat dan stabil. Natrium Bio-organik adalah elemen penting dalam memastikan sendi menjadi mudah alih dan lentur.

Susu kambing secara tradisinya telah digunakan dalam budaya perubatan untuk menyuburkan dan menjana semula sistem saraf yang terjejas. Susu kambing juga sangat padat dengan nutrien. Ia mempunyai hampir 35% daripada keperluan harian anda untuk kalsium dalam satu cawan.
Amat tinggi kandungan riboflavin, hanya satu cawan susu kambing boleh memberikan 20.00% daripada keperluan harian kita. Ditambahi dengan jumlah fosforus, Vitamin B12, protein dan kalium yang tinggi. Ghandi dikatakan meminum susu setelah menjalani puasa yang panjang bagi memulihkan kesihatannya.

10. Kurang toksik berbanding Susu lembu
Manakala lembu telah dipam penuh dengan hormon pertumbuhan lembu dan juga bahan yang dikenali sebagai ‘somatotropin lembu’, hormon yang khusus bagi meningkatkan pengeluaran susu dengan cara yang luar biasa, kambing jarang dirawat dengan bahan ini. Oleh kerana pemeliharaannya yang terkawal, susu kambing bukan sahaja lebih berkhasiat untuk anda, tetapi juga kurang toksik.

11. Boleh Tingkatkan Sistem Imun
Susu kambing mempunyai kandungan mineral, selenium, mineral yang penting untuk mengekalkan sistem imun yang kuat dan berfungsi secara normal.

Mengapa Anda Perlu Minum Susu Kambing melebihi Susu lembu?: Ini hanyalah sebahagian daripada banyak faedah kesihatan yang boleh diperolehi daripada meminum susu kambing. Bukan sahaja ia mengandungi lebih nutrien yang tubuh anda perlukan, tetapi ianya juga mempunyai kurang bahan tambahan daripada susu lembu. Teruskan dengan memilih pilihan yang lebih sihat.

Fakta-fakta menarik lain berkaitan Susu Kambing:

Rujukan:

  1. Global Healing Centre.Majalah Time.
  2. Great Britain: Ghandi’s Goat. 1931 2 November.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: