Haiwan, Nutrisi, Penjagaan Kesihatan

Faedah dan Kelebihan Susu Kambing

Carta perbandingan antara susu kambing dengan susu lembu atau lain-lain jenis susu sudah meluas dan boleh didapati dengan mudah samada di Internet, buku-buku, atau apa sahaja sumber yang boleh diperolehi untuk rujukan dan membuat perbandingan. Barangkali fakta-fakta tersebut adalah berasal daripada sumber yang sama dan telah terbukti bahawa perbandingan antara susu kambing adalah benar-benar lebih baik berbanding susu lembu. Namun, kita juga boleh membaca atau lihat lebih banyak sumber-sumber lain yang mengongsikan pengalaman dan testimoni tentang penggunaan dan faedah yang telah diperolehi daripada pengambilan susu kambing. Mungkin perkongsian-perkongsian ini akan kami bincangkan dalam tajuk yang lain.

Ada terdapat sesetengah daripada kita yang cuba mengelakkan minuman susu kambing kerana mereka tidak dapat menghargai perbezaan dengan susu lembu. Susu kambing memang sedikit lebih tebal, lebih kaya, dan rasanya lebih berkrim berbanding dengan kebanyakan susu lembu yang boleh didapati di pasaran. Namun sesiapa yang baru pertama kali meminum susu kambing akan mendapatinya lebih mudah untuk ditelan dan akan lebih menyukainya berbanding susu lembu.

Susu kambing telah diklasifikasikan dalam salah satu kategori makanan / minuman kesihatan yang terdapat di pasaran hari ini. Dengan tekstur berkrim, mineral yang tinggi dan kandungan vitamin, susu kambing menggantikan banyak makanan tambahan yang boleh diambil setiap hari. Susu kambing adalah lebih baik bagi kebanyakan orang berbanding susu lembu kerana ia adalah terdiri daripada globules lemak yang lebih kecil yang menjadikannya lebih mudah untuk ditelan dan dihadam.

Kadar penghadaman yang cepat ini membantu untuk menghasilkan bakteria baik dan enzim ke dalam sistem tubuh badan membolehkannya untuk menyerap dan menggunakan nutrien tanpa rasa tidak selesa, sakit perut, atau pelbagai gejala lain yang berpunca daripada alahan susu.

Bagi memudahkan kita memahami khasiat yang terkandung dalam susu kambing, berikut ini disenaraikan carta perbandingan antara susu manusia, susu lembu dan susu kambing:-

Protin (%)

  • Susu Kambing – 3.0
  • Susu Lembu – 3.0
  • Susu Ibu – 1.1

Lemak (%)

  • Susu Kambing – 3.8
  • Susu Lmbu – 3.6
  • Susu Ibu – 4.0

Kalori (/100ml)

  • Susu Kambing – 70
  • Susu Lembu – 69
  • Susu Ibu – 68

Vitamin A (i.μ. gram/fat)

  • Susu Kambing – 39
  • Susu Lembu – 21
  • Susu Ibu – 32

Vitamin B1/Thiamin (μg/100ml)

  • Susu Kambing – 68
  • Susu Lembu – 45
  • Susu Ibu – 17

Riboflavin (μg/100ml)

  • Susu Kambing – 210
  • Susu Lembu – 159
  • Susu Ibu – 26

Vitamin C (mg ascorbic asid/100ml)

  • Susu Kambing – 2
  • Susu Lembu – 2
  • Susu Ibu – 3

Vitamin D (ug/100ml)

  • Susu Kambing – 0.7
  • Susu Lembu – 0.7
  • Susu Ibu – 0.3

Kalsium (%)

  • Susu Kambing – 0.19
  • Susu Lembu – 0.18
  • Susu Ibu – 0.04

Zat Besi (%)

  • Susu Kambing – 0.07
  • Susu Lembu – 0.06
  • Susu Ibu – 0.2

Fosforus (%)

  • Susu Kambing – 0.27
  • Susu Lembu – 0.23
  • Susu Ibu – 0.06

Kolesterol (mg/100ml)

  • Susu Kambing – 12
  • Susu Lembu – 15
  • Susu Ibu – 20

Sumber Rujukan:

  • Dronen, April 1990, “Nutritional Composition of Goat MilkProducts in the U.S.” Dairy Goat Journal.
  • Pennington Jean A.T., and Helen Nichols Church, 1985. Bowen and Church Food Values of Portions Commonly Used. J.B, Lippincott Philadelphia.
  • Renner, Edmund, 1983. Milk and Dairy Products in Human Nutrition. W.G. Mott.University of Glessen, Munich, Germany.
  • Used by permission from the American Dairy Goat Association website: http://www.adga.org.

Fakta-fakta menarik lain berkaitan Susu Kambing:

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: