Penjagaan Kesihatan

Petua Mudah Hamil #01: Susu Kambing dan Kurma

Susu Kambing dan Kurma adalah pemakanan yang sangat sinonim dengan Baginda Rasulullah s.a.w. Ada terdapat berbagai hadis yang mencatatkan perihal kaitannya dengan kehidupan dan pemakanan cara Rasulullah s.a.w.

Para ulamak telah menggariskan bahawa apa sahaja perbuatan, cara beribadah, pemakaian, pemakanan serta apa sahaja perlakuan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. jika diikuti dan diniatkan untuk mengikuti sunnahnya, maka ianya akan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Oleh yang demikian, bagi mendapatkan berkat, manfaat serta pahala daripada penggunaan Susu Kambing dan Kurma ini haruslah sentiasa diniatkan sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Petua untuk memudahkan kehamilan ini adalah petua yang berasal dari masyarakat Arab dan kini digunakan oleh masyarakat Melayu Nusantara. Cara-caranya petua kehamilannya adalah seperti berikut:-

Bahan-Bahan:

  • 2 genggam Buah Kurma
  • 2 gelas Susu Kambing (Susu segar atau serbuk yang ada di pasaran)

Peralatan:

  • Alat pengisar makanan

Kaedah Penyediaan:

  • Ambil buah Kurma iaitu segenggam suami dan segenggam isteri dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
  • Tuangkan Susu Kambing kedalam mesin pengisar.
  • Kisar campuran Susu Kambing dan Kurma ini sehingga lumat dan sebati.

Kaedah mengamalkan:

  • Minum segelas seorang suami dan isteri. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat. Ramuan ini hanya perlu diminum sekali sahaja.
  • Teruskan istiQamah dengan meminum Susu Kambing setiap hari.

Selamat mencuba, dan teruskan berdoa. Semoga berhasil dengan izin Allah. Aminn.

Fakta-fakta menarik lain berkaitan Susu Kambing:

Petua-petua Kesuburan:

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: