Mukjizat, Penjagaan Kesihatan

Petua Mendapatkan Anak: Kisah Nabi Zakaria a.s.

Buat pasangan-pasangan yang telah lama berusaha namun masih belum lagi diizinkan untuk mendapat zuriat, kami nasihatkan agar tidak mudah berputus asa. Sebaliknta yakinlah bahawa disebalik apa sahaja ketentuan-Nya pasti ada terdapat kebaikan dan hikmah yang mana kita tidak dapat ketahui.

Di dalam Al-Quran ada diceritakan kisah Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya yang juga lanjut usia dan mandul yang telah sekian lama berharap agar dikurniakan cahaya mata. Nabi Zakaria merasakan perlunya zuriat yang boleh mewarisi kenabian dan meneruskan jalan dakwah baginda. Walaupun sudah mencecah usia yang lanjut, Nabi Zakaria tetap terus berdoa dan bermunajat kehadrat Allah s.w.t. tanpa mengenal putus asa walaupun sudah mencecah usia lanjut.

Surah Ali’Imran. Ayat 038.

Imej

“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Surah AlAnbiyaa’. Ayat 089.

Imej“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Setelah sekian lama berusaha dan berdoa, akhirnya Allah s.w.t memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan mengutuskan Malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.

Surah Maryam. Ayat 002.

Imej

“(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.”

Surah Maryam. Ayat 007.

Imej

“(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.”

Surah Maryam. Ayat 008.

Imej“Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”

Surah Maryam. Ayat 009.

Imej

“Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”

Akhirnya Nabi Zakaria pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi kan nama Yahya yang kemudiannya dilantik sebagai Nabi bagi memimpin dan mendidik umatnya setelah kewafatan Nabi Zakaria.

Sebagai iktibar dari kisah ini, kita sebagai makhluk yang lemah sudah semestinya tidak boleh berputus asa dan tetap meneruskan usaha. Dalam masa yang sama, doa dan harapan mestilah disandarkan kepada Yang Maha Pencipta dan dalam masa yang sama kita tetap redha terhadap apa jua ketentuan Allah s.w.t.

Di samping berdoa dan mendapatkan nasihat pakar dan ilmuan perubatan, ada terdapat beberapa petua yang boleh digunakan oleh mana-mana pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan anak:-

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Dapatkan Kad Sentuh-Sentuh Dah Mengandung - May 19, 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: