Penjagaan Kesihatan

Petua Mudah Hamil #02: Kacang Hijau

Petua-petua untuk kesuburan atau memudahkan untuk pasangan mendapatkan anak kadangkala dihasilkan melalui pengalaman orang-orang tua atau ilham para cerdik pandai dahulu kala. Kaedah-kaedah yang digunakan dan ramuan penyediaannya kadangkala tidak dapat dijelaskan melalui kaedah saintifik atau perubatan moden.

Namun, selagi kaedah dan bahan-bahan yang digunakan tidak memudaratkan maka anda tidak dikira rugi sekiranya cuba untuk mengamalkannya. Malah seringkali petua-petua yang dikongsikan walaupun sangat ringkas, sekiranya serasi dengan tubuh badan seseorang akan dapat membuahkan hasil yang diluar jangkaan.

Di antara petua-petua yang seringkali diperlukan oleh masyarakat kita adalah bagaimana untuk membantu kesuburan atau mendapatkan anak. Petua kali ini adalah ringkat, tetapi berdasarkan pengalaman pasangan sebelum ini ianya berjaya membuahkan hasil dengan izin Allah. Petuanya begini:

Bahan-bahan:

  • Segenggam kacang Hijau
  • Air biasa untuk rendaman
  • 2 gelas air untuk rebusan

Peralatan:

  • Periuk yang bertutup.
  • Penapis
  • Dapur masak

Kaedah penyediaan:

  • green beans sproutMasukkan kacang hijau ke dalam bekas dan tuangkan air kedalamnya sehingga sama paras dengan kacang hijau tersebut supaya semua kacang hijau tenggelam.
  • Tutup bekas tersebut dan biarkan rendaman kacang hijau tersebut selama 2 hari sehingga tumbuh ekor anak tauge. Panjang ekornya kira-kira 2 kali panjang kepala tauge.
  • Setelah terbentuknya anak tauge, cuci semula dan buangkan kulit hijau yang terdapat pada kepala tauge.
  • Masukkan anak tauge yang sudah dicuci kedalam periuk semula dan tuangkan 2 gelas air di dalamnya.
  • Rebus selama 15 minit dengan api sederhana iaitu sehingga air rebusan menjadi separuh.
  • Setelah itu tapis dan ambil baki air rebusan iaitu kira-kira tinggal segelas dan simpan di tempat yang bersih.

Kaedah mengamalkan:

  • Minum air rebusan tersebut setiap pagi bermula dari period pertama sehingga sampai tempoh waktu subur.

Jangan lupa mulakan setiap pekerjaan dengan bacaan Basmalah dan Selawat. Amalkan petua ini dan teruskan berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Dalam masa yang sama, kedua-dua suami dan isteri perlu juga meninggalkan amalan yang boleh memudaratkan kesuburan seperti merokok dan pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera, minuman berkarbonat, jeruk dan sebagainya.

Selamat mencuba, semoga berjaya dan selamat menimang cahaya mata. Aminn.

Petua-petua lain:

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Petua Mudah Hamil #02: Kacang Hijau

  1. nak tanya.. hari berikutnya minum air rebusan tu dr kacang hijau yg sama ke atau rendam kacang hijau yg lain plk….x paham

    Posted by ziela | August 21, 2016, 6:06 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: