Haiwan, Nutrisi, Penjagaan Kesihatan

Daging Kambing dan Mitos mengenainya

Kambing adalah sejenis haiwan yang unik dan mempunyai sifat semulajadi yang sangat fleksible dan mudah untuk mengadaptasikan diri sesuai dengan keadaan persekitaran. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.

Sehingga kini ramai daripada masyarakat kita mempunyai persepsi yang salah berkenaan pemakanan daging kambing yang kononnya boleh menjadi penyebab kepada masalah kesihatan. Persepsi yang belegar di kalangan masyarakat yang mengatakan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi dan tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi pada hakikatnya adalah mitos semata-mata.

Buktinya ialah, satu kajian yang dilakukan oleh USDA (U.S. Department of Agriculture) mendapati bahawa daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lain-lain parameter yang paling sedikit dan secara langsung menolak anggapan yang mengaitkan daging kambing dengan penyebab masalah kesihatan.

Hasil daripada kajian terhadap daging kambing, ayam, lembu, bebiri dan khinzir, para saintis telah menyenaraikan perbandingan kandungan Kalori, Lemak, Lemak Tepu, Protin dan Kolesterol terhadap daging-daging tersebut. Senarai perbandingan adalah seperti berikut:-

Kalori

  • Kambing – 122
  • Ayam – 162
  • Lembu – 179
  • Bebiri – 175
  • Khinzir – 180

Lemak (g)

  • Kambing – 2.6
  • Ayam – 6.3
  • Lembu – 7.9
  • Bebiri – 8.1
  • Khinzir – 8.2

Lemak Tepu (g)

  • Kambing – 0.79
  • Ayam – 1.70
  • Lembu – 3.0
  • Bebiri – 2.90
  • Khinzir – 2.90

Protein (g)

  • Kambing – 23
  • Ayam – 25
  • Lembu – 25
  • Bebiri – 25
  • Khinzir – 24

Kolesterol (g)

  • Kambing – 63.8
  • Ayam – 76.0
  • Lembu – 73.1
  • Bebiri – 78.2
  • Khinzir – 73.1

Daging Kambing mempunyai tekstur dan rasa yang unik serta lebih enak. Sekiranya proses penyediaannya dilakukan dengan baik, barang kali anda tidak akan mengingini daging yang selain daripadanya lagi.

Selain daripada dagingnya, susu kambing juga mempunyai banyak faedah dan telah dibuktikan sebagai susu yang paling hampir dengan susu ibu. Oleh yang demikian, mulakan dengan Bismillah dan Makanlah Tanpa Was-Was🙂

Sumber:

  1. Piawai Pengkalan Data Nutrient USDA rujukan dikeluarkan pada 14 Julai 2001.
  2. Jabatan Veterinar Putrajaya

Perkara-perkara menarik lain berkenaan kambing:-

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: