Amalan, Penjagaan Kesihatan

Ramadhan dalam El Nino

Salam Ramadhan Al-Mubarak!. Umat Islam pada tahun ini bakal diuji dengan cuaca panas melebihi biasa yang di kaitkan dengan fenomena El Nino semasa mengerjakan ibadah puasa Ramadhan.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena El Nino yang berlaku setiap empat tahun sekali akan turut dialami pada tahun 2014 dan empat tahun seterusnya. Namun sama-samalah kita berdoa agar kesan yang bakal dialami pada tahun ini tidak menjejaskan kesihatan kita sepertimana yang telah berlaku pada tahun 1997 yang menyaksikan banyak empangan tadahan air yang menjadi kering dan berlakunya catuan air, jerebu dan berbagai masalah kesihatan.

Walaupun El Nino pada tahun 2009 dan 2010 adalah berada di tahap sederhana dan tidak menyebabkan kesan yang begitu serius, namun ianya juga telah memberi kesan terhadap tahap kesihatan penduduk di negara ini.

Secara ringkasnya El Nino adalah merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation – ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.

El Nino bermula dengan pemanasan permukaan laut di kawasan tropika sebelum merebak dan menjejaskan seluruh kawasan permukaan bumi. Kesan teruk yang berlaku semasa fenomena El Nino terburuk yang berlaku telah mengakibatkan kematian sekitar 23,000 orang di seluruh dunia akibat kesan kepanasan melampau, kemarau, kebakaran hutan, banjir dan taufan.

Kesan kepanasan melampau juga boleh mengakibatkan cuaca berjerebu akibat kebakaran hutan yang boleh menjejaskan kesihatan. Sehubungan dengan itu, langkah berjaga-jaga harus diambil bagi mengelakkan penyakit yang boleh berlaku kesan dari cuaca panas ini.

Sila lakukan langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi sebegini. Ikuti langkah-langkah penjagaan kesihatan sebagaimana yang kami kongsikan dalam Tip-tip untuk mengelakkan penyakit berkaitan cuaca panas.

Selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih baik sehingga mendapat redha serta keampunan-Nya, segala amalan diterima dan seterusnya mendapat ganjaran syurga. Amin.

Rujukan: Jabatan Meteorologi Malaysia

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: