Penjagaan Kesihatan

Tip-tip untuk Menjaga Kesihatan ketika Cuaca panas

Antara penyakit-penyakit berkaitan panas (Heat Related Illnesses) yang boleh menyerang manusia akibat cuaca panas ialah seperti ‘Strok Haba‘, ‘Keletihan Haba‘, ‘Kekejangan Haba‘ dan ‘Ruam Panas‘. Dalam situasi panas sebegini, ‘Pertahanan’ adalah pencegahan yang terbaik. Berikut adalah beberapa tip-tip pencegahan penyakit semasa mengalami cuaca kering sebegini:

  • Minum lebih banyak air yang tidak mengandungi alkohol dan gas, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga untuk minum. Amaran: Sekiranya doktor telah menghadkan jumlah pengambilan air anda atau memberikan pil air, minta nasihat daripadanya berapa banyakkah jumlah air yang anda perlu minum ketika cuaca panas sebegini.
  • Sekiranya meminum minuman yang mengandungi alkohol atau yang mengandungi banyak gula, ini sebenarnya boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak air dari badan anda. Juga, elakkan meminum minuman yang sangat sejuk, kerana ia boleh menyebabkan kekejangan.
  • Sentiasa berada dalam rumah dan, jika perlu, tinggal di tempat yang berhawa dingin. Jika rumah anda tidak mempunyai penyaman udara, pergi ke pusat membeli-belah atau perpustakaan awam. Beberapa jam menghabiskan masa dalam penghawa dingin boleh membantu badan anda kekal sejuk sebelum anda kembali ke luar di dalam cuaca panas. Hubungi jabatan kesihatan tempatan anda untuk mengetahui jika terdapat mana-mana tempat perlindungan pelepasan haba di kawasan anda.
  • Kipas elektrik boleh juga memberi keselesaan kepada anda, tetapi apabila suhu mencecah 32°C dan keatas, ianya tidak dapat menghalang penyakit berkaitan dengan haba. Mandi atau mandi sejuk, atau berpindah ke tempat yang berhawa dingin adalah cara yang lebih baik untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang tidak tebal, berwarna cerah dan longgar.
  • JANGAN tinggalkan sesiapa di tempat tertutup atau di dalam kereta yang diparkir.
  • Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami risiko penyakit berkaitan haba pada bila-bila masa, sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain. Periksa secara kerap terhadap: 1) Bayi dan kanak-kanak. 2) Warga tua yang berusia 65 tahun dan keatas. 3) Sesiapa yang lemah atau mengalami penyakit terutamanya yang berkaitan dengan penyakit jantung atau tekanan darah tinggi.
  • Ziarahi orang-orang dewasa yang mengalami risiko penyakit sekurang-kurangnya dua kali sehari dan lihat sebarang kesan ‘keletihan haba’ atau ‘strok haba’. Bayi dan kanak-kanak, sudah pastinya perlu di pantau dengan lebih kerap.

Jika anda terpaksa keluar dalam cuaca panas terik:

  • Hadkan aktiviti luar anda hanya pada waktu pagi dan petang.
  • Kurangkan aktiviti senaman. Jika anda perlu bersenam, minum 2-4 gelas sejuk yang tidak mengandungi alkohol setiap jam. Minuman sukan (isotonik) boleh menggantikan garam dan mineral yang kehilangan melalui peluh. Amaran: Jika anda berada dalam diet rendah garam, berbincang dengan doktor anda sebelum meminum minuman sukan (isotonik). Ingat juga tip yang pertama di atas.
  • Ketika berehat, cuba cari kawasan teduhan yang terlindung dari sinaran cahaya matahari secara langsung.
  • Pelihara diri anda dari matahari dengan memakai payung atau topi yang lebar (juga boleh menjadikan anda lebih sejuk), pakai cermin mata hitam dan gunakan krim pelindung matahari SPF15 atau lebih tinggi (produk yang paling berkesan mempunyai label “spektrum luas” atau “perlindungan UVA / UVB”).

Bacaan lain: Risiko penyakit yang berkaitan Cuaca Panas

Rujukan:

  1. Cawangan Kajian Kesihatan NCEH.
  2. Jabatan Meteorologi Malaysia

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Ramadhan dan El Nino | Tajas Media - June 23, 2014

  2. Pingback: Ramadhan dalam El Nino | Tajas Media - June 23, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: