Penjagaan Kesihatan

Risiko Penyakit yang Berkaitan dengan Cuaca Panas

Cuaca panas yang berlaku di kawasan-kawasan yang beriklim kering, panas dan tropika sering mengakibatkan berbagai penyakit yang berkaitan dengan haba. Golongan-golongan yang sering terdedah kepada serangan penyakit akibat cuaca panas ialah pekerja-pekerja pembinaan, ahli-ahli sukan dan mereka-mereka yang sentiasa terdedah kepada panas terik atau haba yang melampau.

Antara penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kepanasan melampau adalah:-

  • Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling serius, yang berlaku apabila sistem dalam badan gagal untuk mengawal suhu teras dalam badan. Perpeluhan badan tidak lagi berlaku bagi membantu badan melepaskan lebihan haba daripada badan. Simtom-simtom serangan ini termasuk kekeliruan, pengsan, sawan, badan terlalu panas dan kulit kering dan panas. “Strok haba adalah termasuk dalam ‘Medical Emergency’ yang boleh menyebabkan kematian!. Sekiranya berlaku keadaan sebegini sila dapatkan bantuan kecemasan serta-merta.
  • Keletihan haba adalah tindak balas badan akibat kehilangan air dan garam akibat berpeluh yang berlebihan. Tanda-tanda serangan adalah termasuk sakit kepala, loya atau muntah-muntah, pening, sakit kepala, lemah, cepat marah, dahaga, rasa tidak selesa, degupan jantung yang cebat dan berpeluh berlebihan. Sekiranya diserang, duduk atau baringkan pesakit di tempat yang teduh dan sejuk, beri minum air dengan seberapa banyak, sejukkan dengan ais atau towel basah dan bawa pesakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
  • Kekejangan haba adalah disebabkan oleh kehilangan garam dan cecair badan akibat peluh yang berlebihan. Tahap garam yang rendah dalam otot akan menyebabkan kekejangan yang menyakitkan. Kekejangan boleh berlaku semasa atau selepas waktu bekerja. Sekiranya diserang, berikan pesakit rehat dibawah tempat teduh, berikannya minum air yang banyak dan dapatkan bantuan perubatan untuk menghilangkan kekejangan.
  • Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam gatal atau ruam mencucuk, adalah kegatalan kulit yang disebabkan oleh peluh yang mengering dari kulit. Ruam panas adalah masalah yang paling biasa dalam persekitaran cuaca panas. Ruam biasanya terjadi di bahagian tengkuk, atas dada atau liapatan-lipatan kulit. Jika berlaku, berpindah kekawasan yang lebih sejuk dan kawasan yang kurang kelembapan.

Rujukan: Occupational Safety & Health Administration (OSHA)

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Tip-tip untuk Menjaga Kesihatan ketika Cuaca panas | Tajas Media - June 24, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: