Amalan, ILMU dan Amal

Masjid Dijadikan Tempat Untuk Berpesta

Tahukah anda bahawa terdapat banyak masjid-masjid dan surau-surau yang kini telah berlumba-lumba untuk dijadikan tempat sebagai pesta? Masjid-masjid dan surau-surau yang dahulunya sunyi tetapi kini berubah menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti manusia seolah-olah sedang berpesta.

Ya, masjid dan surau telah dijadikan tempat untuk pesta berbuka puasa dan solat tarawikh. Diharap agar tajuk ini tidak disalah ertikan. Pesta dalam erti kata lain bukanlah sebagaimana yang berlaku dalam pesta-pesta yang merosakkan, tetapi masjid telah menjadi tumpuan umat-umat Islam untuk menjalani ibadah.

Di Tanah Suci Makkah dan Madinah, budaya iftar berjamaah di Masjid telah menjadi lumrah dan amalan semenjak zaman dahulu lagi terutamanya semasa bulan Ramadhan. Memandangkan fadhilatnya yang sangat besar, terdapat banyak syarikat-syarikat, pertubuhan-pertubuhan mahupun individu yang berebut-rebut menghulurkan dana bagi menyediakan juadah berbuka puasa di sana.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.” (Riwayat: At-Tirmidzi)

Pada masa ini trend untuk berbuka puasa atau iftar di Masjid semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dan mula dipraktikkan oleh masyarakat kita samada di bandar atau di desa. Kemudahan iftar di masjid juga semakin menjadi keutamaan yang sangat dititik beratkan oleh pihak pengurusan masjid semasa menjelang ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Sebagai salah satu kaedah berkesan dalam usaha untuk mempertingkatkan serta memaksimakan ibadah di bulan Ramadhan ialah dengan mengalihkan perhatian kita sebanyak 180° dan menjadikan masjid-masjid atau surau-surau sebagai venue strategik untuk kita dan keluarga berbuka puasa. Di antara manfaat-manfaat yang boleh kita raih dengan berbuka di masjid-masjid atau surau-surau ialah:-

  • Dapat mendirikan Solat Maghrib secara berjamaah bersama imam.
  • Memperoleh pahala iktikaf sebaik sahaja memasuki masjid jika kita dahului dengan ‘Niat beriktikaf’. Pahala tetap megalir walaupun kita duduk bersahaja atau tertidur di dalam masjid. Pahala seperti ini tidak dapat diperolehi di rumah, restoran, hotel, bazar ataupun lain-lain tempat.
  • Memperolehi berkat yang berganda dengan Iftar berjamaah terhadap makanan yang dihidangkan.
  • Menjimatkan masa dan berpeluang untuk memanfaatkan waktu yang terluang dengan mendirikan solat sunat, berzikir, mentelaah ilmu dan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu Maghrib dan Isyak.
  • Dapat berdoa secara berjamaah sebelum berbuka di mana inilah waktunya yang sangat makbul dan terbaik untuk berdoa. Dengan berkat doa secara berjemaah yang diiringi dengan doa dan aminnya para Malaikat, diharapkan agar kita dapat manfaat yang berganda.
  • Tidak perlu membazirkan makanan, masa dan wang ringgit dengan mengunjungi bazar-bazar ramadhan atau tempat-tempat berbuka puasa yang berbayar.
  • Berpeluang untuk mendapat pahala berpuasa orang lain sekiranya kita turut serta menyediakan juadah untuk orang-orang yang berbuka puasa walaupun dengan menyediakan buah kurma atau kuih muih hasil buatan sendiri.
  • Dapat mengelakkan diri dari pencemaran Ibadah Puasa kerana berada di dalam suasana percampuran dengan yang bukan muhrim ketika berkunjung ke bazar-bazar Ramadhan atau pusat-pusat membeli belah atau bufet Ramadhan di hotel dan restoran.
  • Berpeluang untuk mendapat fadhilat bersama jamaah dan mengeratkan tali silaturrahim.
  • Cara yang terbaik untuk mentarbiah keluarga dan anak-anak agar mencintai Masjid.
  • Berada di dalam suasana persekitaran yang terkawal yang dapat meningkatkan motivasi serta mood kita untuk menjalani ibadah. Denagan suasana dan persekitaran yang sesuai, jiwa kita akan dapat dipukuk dan terdorong untuk melakukan apa sahaja ibadah dengan cara yang terbaik.
  • Memberikan peluang untuk mana-mana individu atau syarikat yang mahu meraih fadhilat besar dengan menyediakan juadah berbuka puasa.

Banyak lagi manfaat-manfaat yang boleh diraih dengan Iftar Berjamaah di Masjid semasa bulan Ramadhan. Sebagai kaedah untuk mendapat yang terbaik, anda boleh mengunjungi masjid-masjid atau surau-surau yang berlainan dan alami perbezaan suasana iftar di sana.

Buat perancangan yang terbaik untuk anda dan keluarga sebelum mengunjungi masjid untuk berbuka puasa. Bawa sedikit juadah atau bekalan agar anda dapat menghadapi sebarang kemungkinan. Bertolak ke Masjid yang ingin anda kunjungi lebih awal agar anda tidak tertinggal atau tidak mendapat tempat untuk berbuka puasa. Sekiranya anda terlewat sedikit, jangan khuatir kerana pihak pengurusan dan jemaah lain akan cuba membantu mencari tempat untuk anda.

Sekiranya anda bermusafir, sila kunjungi masjid-masjid atau surau-surau berhampiran yang menyediakan juadah berbuka untuk merasai suasana ‘iftar berjamaah’ di tempat tersebut.

Pihak-pihak pengurusan masjid juga perlu lebih pro-aktif dalam mewar-warkan program Iftar berjamaah ini agar mendapat sambutan dari kalangan masyarakat dan juga penderma yang ingin turut serta dalam program mereka.

Namun, perlu juga diingat bahawa Ramadhan adalah suatu bulan yang perlu disambut dengan ‘Pesta Ibadah’ dan bukannya ‘Pesta makan’. Tubuh badan kita tidak memerlukan makanan yang banyak ketika berbuka puasa bagi menggantikan makanan yang sepatutnya diambil semasa makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Hanyalah memadai sekiranya dapat berbuka puasa dengan beberapa binji kurma dan beberapa teguk air sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat,

Sekiranya anda masih belum berani mencuba, rasailah perbezaannya🙂 Selamat menjalani Ibadah di bulan Ramadan dan Marhaban Ya Ramadhan!

Menarik: Suasana berbuka puasa di masjid-masjid sepanjang Ramadhan 1435 Hijrah

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Iftar Ramadhan di Masjid | Tajas Media - July 1, 2014

  2. Pingback: Berbuka Puasa Di Masjid | Tajas Media - July 2, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: