Amalan, Dalam Negara

Ramadhan di Masjid Al-Azim Melaka

Melaka bandar bersejarah mempunyai sebuah masjid negeri yang mempunyai senibina tempatan yang unik dan sangat menarik. Binaan masjid ini agak berlainan dengan masjid-masjid lain yang terdapat di seluruh negara. Keunikan senibina masjid Al-Azim ini ialah ianya tidak mempunyai kubah besar sebagaiman yang terdapat di lain-lain masjid di seluruh negara, tetapi masjid ini mempunyai ciri-ciri bumbung besar yang simetri, berlapis dan mempunyai ukiran kerawang pada keempat-empat sudut. Ciri-ciri binaan seperti ini hanya terdapat pada kebanyakan masjid-masjid lain di seluruh negeri Melaka dan tidak ada di negeri-negeri lain.

Sepanjang bulan Ramadhan, masjid Al-Azim ada menyediakan hidangan juadah berbuka puasa yang terletak di sepanjang serambi masjid bersebelahan dengan ruang solat jemaah wanita. Terdapat dua baris hidangan yang disediakan sendiri oleh pihak pengurusan masjid.

Terdapat banyak kuih muih serta lauk-pauk yang dihidangkan sebelum solat Maghrib. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian atau membawa makanan sendiri untuk diagih-agihkan kepada para jemaah.

Iftar Ramadhan di masjid-masjid lain.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Iftar Ramadhan Di Masjid | Tajas Media - July 2, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: