Tip Perjalanan

Tempah Penginapan lebih Awal

“Salam, ada tak tempat kosong untuk hari ini?”, “Kat mana lagi hotel atau homestay yang kosong untuk malam ni ye?” atau “Ada tak kawan-kawan lain yang buat homestay?”…

Begitulah soalan-soalan lazim (FAQ) yang seringkali kami terima setiap kali bermulanya musim percutian atau musim-musim perayaan. Kadang kala panggilan-panggilan atau SMS yang sama terus diterima sehingga larut malam.

Hampir setiap kali masuk musim perayaan atau cuti sekolah, pusat-pusat bandaraya menjadi lengang sementara lebuhraya menjadi sibuk dengan kenderaan. Masing-masing tidak mahu lepaskan peluang musim cuti untuk keluar melakukan berbagai aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dalam sibuk membuat persiapan merancang perjalanan, perkara yang sering diabaikan ialah berkenaan ‘tempat penginapan’. Ramai yang ambil mudah dan sering beranggapan bahawa mereka boleh daftar masuk hotel atau homestay pada bila-bila masa.

Apabila gagal untuk mendapatkan tempat penginapan, maka ramailah yang terpaksa meneruskan perjalanan pulang setelah urusan mereka selesai. Kadang kala ada yang mengambil keputusan untuk berehat atau tidur di dalam kereta sahaja. Akibatnya, musim percutian mereka tidak dapat berjalan dengan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Oleh yang demikian, elakkan anda sekeluarga daripada terperangkap dalam situasi seperti di atas. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami ada menyediakan kemudahan untuk anda mencari tempat penginapan di lokasi-lokasi yang bakal anda kunjungi.

Sila klik >Tempah Penginapan Sekarang


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: