Kaum-kaum Yang Ingkar, Manusia dan Peristiwa

Kubah Besi menjadikan kaum Yahudi bertambah angkuh

Tahukah anda, ‘Iron Dome’ yang dimiliki oleh kaum Yahudi telah membuatkan mereka merasa begitu yakin terhadap kemampuan pertahanan mereka dan sekali gus menjadikan mereka sebagai kaum yang semakin tebal keangkuhannya. Sifat angkuh mereka ini masih tetap kekal dan berulang sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah kaum-kaum Yahudi sebelum ini.

Sebenarnya Iron Dome ialah sistem pertahanan menggunakan pelancar roket mudah alih yang dikatakan mampu menangkis serangan roket lain dari jarak jauh. Sistem ini akan melancarkan roket penangkis sebaik sahaja sistem sensor yang dipasang di lokasi tertentu dapat mengesan sebarang pelancaran roket di luar sempadan. Ianya dikatakan hanya boleh diaktifkan secara manual oleh anggota-anggota yang bertugas dilokasi pelancaran.

Samada sistem pertahanan ini benar-benar mampu berfungsi dengan baik atau tidak, ianya sehingga kini telah berjaya meyakinkan penduduk yahudi di sekitar Semenanjung Gaza bahawa keselamatan mereka lebih terjamin dengan adanya ‘Iron Dome’. Pihak Israil mendakwa bahawa berdasarkan rekod mereka, sistem ini telah berjaya memusnahkan sehingga 80% serangan roket Hamas.

Dengan adanya tembok konkrit, Iron Dome, sokongan ekonomi daripada US serta masyarakat luar,  mereka berasa kebal dan tidak perlu lagi khuatir terhadap kecaman umat Islam serta masyarakat dunia. Secara tidak langsung, kekebalan ini telah membuatkan mereka merasakan bebas untuk melakukan kekejaman serta kerosakan secara terbuka.

Kini seluruh dunia telah mengetahui bahawa agenda mereka ialah untuk melakukan pembunuhan serta kekejaman terhadap masyarakat Islam di Palestin demi untuk menjaga kepentingan mereka dan mereka tidak berniat untuk berhenti hanya setakat itu sahaja.

Berdasarkan kepada rekod, tidak banyak negara yang mampu memiliki teknologi Iron Dome ini kerana ianya memerlukan baget ketenteraan yang sangat tinggi. Berdasarkan laporan, hanya dua negara sahaja yang ada memiliki sistem pertahanan ‘Iron Dome’ ini iaitu Israil dan Singapura.

Sejarah kaum Yahudi membina tembok-tembok kukuh serta serta alatan persenjataan ketenteraan yang di bina semasa zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat kini berulang kembali. Jika dengan didikan yang Rasulullah s.a.w. telah ajarkan terhadap kaum muslimin, mereka dapat menghancurkan kesombongan kaum Yahudi di Madinah, sudah pastinya dengan bekalan modal yang sama juga kita umat Islam masa kini pastinya akan dapat melakukan perkara yang sama, In Shaa Allah.

Kita boleh mengambil tauladan dari kisah di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tentang bagaimana mereka dapat menewaskan kaum Yahudi melalui kelemahan-kelemahan yang mereka miliki walaupun dikelilingi oleh tembok, bala tentera yang ramai, kelengkapan perang yang serba lengkap serta persediaan yang sangat rapi..

Sebagai permulaan, marilah kita bermuhasabah dan ajukan persoalan ini: Adakah kita termasuk dalam golongan-golongan yang menyumbang kepada keangkuhan golongan-golongan ini? Masa untuk berhenti dari menuding jari ke arah orang lain di sekeliling kita, sebaliknya lihatlah kepada diri kita sendiri.

Lakukan perkara-perkara berikut bagi membantu penduduk Palestin yang tertindas:-

  • Tidak membeli, menggunakan atau memakan produk-produk dan barangan keluaran Israil dan ‘sekutu-sekutunya’.
  • Hulurkan bantuan kepada penduduk Ghaza yang tertindas berupa wang ringgit dan sebagainya. Sila layari laman sesawang AQSA Syarif Berhad.
  • Panjatkan DOA untuk mereka.


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: