Kaum-kaum Yang Ingkar, Manusia dan Peristiwa

Kisah kaum Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w.

Kaum Yahudi yang menetap di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah merupakan golongan penentang Islam walaupun mereka sentiasa bergaul dikalangan penduduk Madinah. Penentangan mereka dilakukan secara diam-diam dan dirancang menggunakan tipu muslihat yang sangat berbahaya. Mereka sentiasa mencari-cari jalan untuk menjatuhkan kerajaan Islam dengan membuat perancangan-perancangan jahat dengan cara menyebarkan fitnah, mengadu-domba dan melaga-lagakan antara kafilah agar mencetuskan permusuhan sesama umat Islam

Kaum Yahudi di Madinah telah membuat perancangan jahat jangka pendek serta panjang bagi menentang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Di antara langkah yang telah mereka lakukan ialah membina tembok-tembok pertahanan, mengadakan kelengkapan persenjataan yang banyak dan pasukan tentera yang kuat.

Kemuncak kepada pengkhianatan mereka terhadap Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin Madinah ialah apabila mereka membentuk persepakatan secara rahsia dengan kaum musyrikin Mekah dan munafik Madinah untuk menyerang dan menghancurkan Kerajaan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. Peristiwa besar ini adalah dikenali sebagai peperangan Ahzab atau peperangan Khandak pada bulan Syawal 5 Hijrah.

Peperangan khandak telah dirancang oleh kaum yahudi dan musyrikin Mekah sehingga mereka berjaya membentuk tentera bersekutu yang besar berjumlah 10,000 orang. Pasukan tentera bersekutu ini adalah gabungan dari kaum yahudi, kaum musyrikin Mekah, kaum munafik dan beberapa kabilah di semenanjung Arab.

Dalam peristiwa pengepungan tentera bersekutu yang didalangi oleh kaum yahudi ini, Allah s.w.t. telah memberikan pertolongan dengan mendatangi ribut pasir dan hujan lebat di pihak tentera musuh. Tentera kafir bersekutu telah akhirnya melarikan diri dari medan peperangan dan mengalami kekalahan yang teruk.

Surah AlAhzab. Ayat 009: “Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.”

Semenjak dari peristiwa itu, sifat buruk kaum yahudi dan penentangan mereka terhadap kerajaan Islam semakin menyerlah dan sikap ini telah terbongkar apabila umat-umat Islam mendapati bahawa kaum yahudi bani Quraizah di Khaibar telah membuat persiapan yang lengkap semenjak awal lagi untuk membuat serangan balas terhadap kerajaan Islam di Madinah setelah menyedari akan agenda jahat mereka.

Setelah sekian lama, Kaum Yahudi telah mendirikan benteng-benteng atau kubu pertahanan yang banyak di daerah Khaibar. Kubu-kubu pertahanan ini telah dilengkapi dengan bekalan makanan yang mencukupi dan sistem persenjataan yang terbaik pada ketika itu bagi untuk memperkukuhkan kedudukan mereka.

Sistem pertahan mereka adalah terdiri daripada kubu-kubu pertahanan dan juga kenderaan berperisai yang boleh melindungi tentera mereka. Sistem pertahanan dan persenjataan ini sebenarnya telah dirancang lebih awal lagi sebagai salah satu strategi mereka untuk menewaskan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w.

Khaibar adalah daerah yang terletak 150km dari Madinah di timur laut Semenanjung Arab. Benteng pertahanan Yahudi di Khaibar mempunyai sistem pertahanan yang berlapis-lapis dan kuat serta dilengkapi dengan pasukan tentera yang ramai dan bekalan pesenjataan yang sangat banyak termasuk kereta perisai.

Sistem pertahanan Yahudi di Khaibar terbahagi kepada dua wilayah. Wilayah pertama mempunyai 5 kubu atau benteng utama yang dikenali sebagai:-

  • Benteng Na’im
  • Benteng Ash-Sha’b bin Mu’adz
  • Qal’atu Az-Zubair
  • Benteng Ubai
  • Benteng An-Nizar

Wilayah kedua dikenali sebagai Katibah yang mengandungi 3 benteng-benteng utama yang kukuh iaitu:-

  • Benteng Qamush (benteng anak cucu Abul Huqaiq dari Bani Nadhir)
  • Benteng Wathih, dan
  • Benteng As-Sullam

Setelah sifat kaum Yahudi buruk dan khianat ini terbukti secara jelas dalam peristiwa peperangan Ahzab serta beberapa peristiwa lain, Baginda Rasulullah s.a.w serta kaum muslimin akhirnya mengambil keputusan  untuk mengusir kaum Yahudi dari Madinah. Dengan izin Allah s.w.t, kubu pertahanan kaum yahudi di Khaibar telah berjaya tembusi dan setelah beberapa waktu tentera-tentera Yahudi berjaya ditewaskan dan diusir keluar dari bumi Madinah.

Surah AlBaqarah. Ayat 147: “Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu”

Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya : “Yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizhah memerangi Rasulullah saw. Kerana itu beliau mengusir Bani Nadhir tetapi membiarkan Bani Quraizhah menetap, serta memberi kelapangan bagi mereka sampai mereka memerangi Rasulullah saw. pula kembali. Sesudah itu, setiap lelaki mereka dibunuh, sedangkan wanita-wanita, anak-anak, dan harta kekayaan mereka dibahagi-bahagikan kepada kaum muslimin, kecuali sebahagian mereka yang menemui Rasulullah saw., lalu mereka beriman dan masuk Islam. Rasulullah saw. mengusir pula orang-orang Yahudi Madinah, semuanya terdiri dari Bani Qainuqa’ (iaitu sukunya ‘Abdullah bin Salam), Bani Haritsah, dan setiap Yahudi yang ada di Madinah.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1742)

Iktibar dari peristiwa ini, kita harus mengambil pendirian bahawa kaum yahudi tidak pernah senang terhadap umat Islam dan mereka akan melakukan apa sahaja demi untuk melakukan penindasan demi penindasan terhadap umat Islam.

Surah AlBaqarah. Ayat 120: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “Belum akan terjadi kiamat sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di balik-balik batu atau pohon. Lalu kata batu atau pohon, “Hai, muslim! Hai Abdullah! ini orang-orang Yahudi bersembunyi di belakangku. Ke sinilah, bunuh dia. Kecuali pohon gharqad kerana pohon itu berasal dari Yahudi.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2473)

Terkini, kaum Yahudi ini telah membina tembok-tembok pertahanan di Palestin serta melengkapkan sistem pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome. Senjata-senjata ketenteraan mereka sangat canggih dan mampu untuk melancarkan serangan yang hebat. Mereka telah membuktikan keupayaan mereka dengan menawan negara-negara arab di sekitarnya dalam masa 6 jam yang di panggil “6 hours operation”. Dengan kehebatan yang dimiliki ini, dengan sewenang-wenangnya mereka terus menindas rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Ghaza yang tertindas, sila layari laman web AQSA Syarif Berhad.

Semoga Allah s.w.t. akan memberi kekuatan kepada sluruh umat Islam menentang kezaliman dan seterusnya mengembalikan semula keaman di seluruh dunia. Amin.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Kubah Besi menjadikan kaum Yahudi bertambah angkuh | Tajas Media - July 21, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: