Kaum-kaum Yang Ingkar, Manusia dan Peristiwa

Apakah Hubungan Astro Dengan Israel?

 

Menurut laporan akhbar dan sebuah pertubuhan badan NGO tempatan, ASTRO telah mengikat perjanjian dengan sebuah syarikat milik Israel iaitu Amdocs. ASTRO juga dilihat hanya memaparkan berita-berita berkenaan Palestin yang diambil dari akhbar Haaretz milik Israel yang tidak tepat dan telah dimanipulasikan.

Ini adalah mungkin salah satu punca kenapa rakyat Malaysia yang melanggani ASTRO tidak mendapat maklumat yang tepat berkenaan isu Palestin dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

Mengenai isu Palestin, Astro juga dilihat sebagai berani menyebarkan isu-isu sensitif yang tidak berasas mengenai kaitan negara ini dengan rakyat Palestin yang tertindas. Melalui laman sosialnya, Astro pernah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berkenaan negara ini yang melatih militan untuk dihantar ke Gaza.

Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki:

“Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak Sistem Pengurusan Pelanggan oleh Astro. Rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin.”

Sebagai renungan bersama: Di manakah kedudukan rakyat Malaysia sekarang? Kita telah disibukkan dengan hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan. Musuh-musuh Islam memang ternyata sedang bekerja siang dan malam untuk melalaikan umat-umat Islam daripada melihat dan melakukan perkara yang terbaik untuk mereka.

Adakah kita masih perlu lagi berhibur sedangkan saudara-saudara kita sedang ditindas menggunakan wang yang kita salurkan untuk membuat senjata menentang mereka? Laksanakan perkara yang mampu kita buat kerana Allah dan tidak berlandaskan sentimen yang hanya bersifat sementara. In shaa Allah kita akan istiqamah.

Sumber: Utusan Malaysia Online (26/7/14), Aqsa Syarif Berhad.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: