Tempat-Tempat Menarik

Israel Kembali Menzalimi Rakyat Gaza Ramadhan 1435H

Sebagaimana yang telah kerap berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, pada Ramadhan tahun 1345 Hijrah bumi Gaza telah diserang secara bertubi-tubi oleh oleh tentera Zionis Yahudi.

Serangan bertubu-tubi tanpa rasa bersalah dan berperi kemanusiaan telah dilakukan  melalui udara, laut dan darat bermula semenjak awal Ramadhan dan berterusan sehingga menjelang Syawal

Malangnya, serangan tidak berperi kemanusiaan dan melanggari etika peperangan ini telah di abaikan oleh PBB OIC, Badan-badan N.G.O. yang sebelum ini begitu lantang memperjuangkan hak kebebasan dan kemanusiaan dan juga termasuk masyrakat dunia secara keseluruhannya.

Tangisan warga-warga tua, anak-anak kecil dan wanita-wanita yang berhak mendapat perlindungan akta peperangan telah tenggelam begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya. Sebagaimana yang telah berlaku sebelumnya, jeritan, tangisan dan rintihan mereka telah menjadi ibarat tidak bererti dan menjejaskan tamadun dunia, walhal peristiwa yang berlaku ini adalah merupakan suatu bukti keruntuhan moral dan peradaban yang pernah berlaku di dalam sejarah.

Antara bukti-bukti pelanggaran etika yang telah dilakukan oleh Yahudi Zionis ketika melancarkan serangan mereka terhadap Gaza ialah serangan-serangan mereka telah dengan sengaja ditujukan kepada masyarakat awam yang berada tempat-tempat awam. Mereka telah mengebom dan merobohkan masjid-masjid, hospital-hospital, sekolah-sekolah dan rumah-rumah masyarakat awam.

Strategi peperangan Yahudi Zionis ini adalah untuk merosakkan dan menghapuskan ketamadunan umat Islam di bumi Ghaza agar tiada lagi peluang untuk mereka bangkit untuk menentang. Pada ketika ini tiada sesiapa lagi yang boleh mereka harapkan untuk bangkit membela mereka mempertahankan hak untuk menikmati kehidupan di bumi Gaza.

Kita sebagai umat Islam mesti berazam untuk menghulurkana sumbangan sedaya upaya kita agar tidak persoalkan di mahkamah Allah swt di padang mahsyar kelak. Sesungguhnya peristiwa di Gaza adakah merupakan sebahagian daripada ujian buat seluruh masyarakat dunia bagi membuktikan siapakah yang benar-benar tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan soleh.

“Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.” (Surah AnNisaa’. Ayat 053)

Bantuan ke Gaza:-

Sumber: Aqsa Syarif Bhd.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: