Kaum-kaum Yang Ingkar, Keganasan Yahudi, Manusia dan Peristiwa

Strategi Peperangan Zionis Yahudi Yang Perlu Anda Ketahui

Berpandukan kepada rekod, kesan-kesan dan laporan serangan yang telah dilakukan oleh penjenayah-penjenayah perang Yahudi Zionis di Gaza, tiada siapa yang dapat menyangkal beberapa petunjuk dan fakta yang mengesahkan modus operandi serangan yang pihak penjenayah Zionis Yahudi lakukan.

Mereka telah membuat beberapa perancangan yang sangat jahat dan menyalahi etika kemanusiaan.  Antara strategi dan perancangan yang mereka gunakan bagi menjayakan agenda jahat mereka ialah:-

Strategi Sebelum Serangan

  • Menguasai media masa dan melaporkan berita-berita yang salah berkenaan situasi di Gaza yang sudah pastinya akan menyebelahi mereka.
  • Sebagaimana yang pernah dilakukan semasa peperangan Khandak di zaman Rasulullah s.a.w, mereka juga menggunakan kaedah yang sama dengan mengikat perjanjian dengan negara-negara bersekutu termasuk negara-negara Arab bagi menjayakan misi mereka menyerang Palestin.
  • Mengawal badan-badan yang  bertanggungjawab terhadap keamanan dunia seperti PBB, OIC, Amnesty dan lain-lain pertubuhan antarabangsa.
  • Pihak Zionis Yahudi telah melaksanakan pelan strategi melalui suaka politik, ekonomi dan kekuatan ketenteraan agar negara-negara jiran yang bersempadanan dengan Gazah tidak mampu bersuara atau memberi bantuan kepada penduduk Gazah.
  • Menyalakan api permusuhan dan sentimen perkauman di kalangan umat Islam sehingga berlaku pertelingkahan di kalangan pemimpin-pemimpin dan negara Islam sendiri. Perkara ini juga ada berlaku di Malaysia dan bumi nusantara sehingga umat Islam bermusuhan mengikut fahaman politik dan kepercayaan. Dengan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, maka kita tidak dapat bersatu membela saudara-saudara kita di Gaza dan lain-lain tempat. Seandainya seluruh umat Islam dapat bersatu, kita akan bangkit menentang Zionis Yahudi dan seterusnya memusnahkan impian mereka menubuhkan Israel Raya.

Strategi Ketika Serangan

  • Menyekat pemberita-pemberita dari luar dari memasuki Gaza. Tentera Zionis Yahudi tidak akan teragak-agak untuk menyerang pemberita dari luar bagi menyekat sebarang berita dan gambar-gambar dari terlepas keserata dunia.
  • Merancang sesuatu kejadian yang dapat mengalihkan pandangan masyarakat dunia dari memberikan tumpuan terhadap tindakan kejam mereka. Sebagai contoh, peristiwa penembakan pesawat MH17 dilihat sebagai perkara yang berlaku secara kebetulan? CNN adalah pemberita pertama yang menyiarkan laporan berkenaan kejadian tersebut. Sebaliknya, serangan di Palestin tidak langsung mendapat liputan oleh CNN. Pada tahun lepas, iaitu Ramadhan 1434 H, dunia juga telah gemparkan dengan berita pembunuhan besar-besaran di Syria dan dalam masa yang sama, penduduk Gaza juga telah dicerobohi oleh Yahudi Zionis.
  • Serangan dilakukan ketika bulan Ramadan waktu berbuka puasa di rumah kerana mereka menganggarkan bahawa waktu ini seluruh kaum keluarga dan para pejuang pembebasan akan berkumpul di rumah untuk menikmati juadah berbuka puasa.
  • Serangan dilakukan terhadap masjid-masjid ketika penduduk sedang solat sunat tarawikh kerana mereka menjangka bahawa para pejuang pembebasan akan berkumpul menunaikan ibadah solat sunat tarawikh di masjid-masjid. Adalah dianggarkan bahawa berpuluh-puluh buah masjid telah dibedil dan dimusnahkan oleh Zionis Yahudi ketika bulan Ramadan 1435h.
  • Serangan telah dilakukan di sekolah-sekolah ketika kanak-kanak sedang belajar atas alasan para pejuang sedang bersembunyi di sana. Ini dilihat sebagai salah satu usaha merek untuk menghapuskan generasi pejuang masa hadapan.
  • Serangan dan pemusnahan sengaja dilakukan terhadap bangunan-bangunan hospital, sekolah-sekolah, stesyen janakuasa, masjid-masjid sehingga memusnahkan atas alasan yang direka-reka dan tidak munasabah. Tujuan mereka adalah untuk melumpuhkan institusi kemasyarakatan, kesihatan dan pendidikan untuk penduduk-penduduk Gaza.
  • Rumah-rumah disempadan Rafah dan Mesir telah diroboh dan tanah diratakan bagi menutup sebarang laluan lorong bawah tanah yang selama ini menjadi nadi bekalan makanan, perubatan dan pertahanan penduduk Gazah.

Strategi Selepas Serangan

  • Kemusnahan yang telah dilakukan keatas stesyen janakuasa, sekolah, hospital dan masjid menyebabkan seluruh sistem perhubungan dan infrastruktur di Bandar Gaza yang mempunyai penduduk 1.8 juta orang musnah sepenuhnya.
  • Negara-nagara yang cuba membantah kekejaman mereka akan dikenakan berbagai tekanan melalui sekutu-sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat dan Eropah.

Namun disebalik tipu muslihat serta kelebihan yang mereka miliki, kita masih boleh melihat lebih banyak lagi kelemahan-kelemahan yang tetap mereka warisi.

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” (Surah AlMaa’idah. Ayat 078)

Sementara itu, kita sebagai umat yang mewarisi ciri-ciri kehebatan yang di cemburui para malaikat mesti berusaha bangkit untuk mengembalikan semula khazanah warisan kita yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. ” Kata Abu Bakar, “Aku tebus engkau dengan Bapa dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?” Jawab Nabi saw., “Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu.” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0931)

Antara saluran-saluran yang boleh anda berikan sumbangan yang boleh meringankan beban saudara-saudara kita di Gaza:-

Sumber: Tazkirah Ramadhan, Khutbah Jumaat Selangor 1435H.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: