Amalan, Buah Fikiran, Kaum-kaum Yang Ingkar, Manusia dan Peristiwa

Kenapa Yahudi dan Nasrani tidak Lagi Gerun Terhadap Umat Islam

Jawapan kepada persoalan ini samalah seperti peribahasa ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’.  Rata-ratanya seluruh masyarakat sudah mengetahui jawapannya iaitu ianya ada terdapat dalam diri setiap individu umat Islam itu sendiri.

Sebab utama kenapa kaum Yahudi dan Nasrani berani memperlakukan umat Islam sesuka hati mereka dan tidak perlu takut terhadap tindak balas umat Islam ialah kerana kelemahan yang terdapat pada diri umat Islam itu sendiri, bukannya berdasarkan kekuatan yang mereka miliki. Mereka mendapati bahawa umat Islam tidak lagi mempraktikkan nilai murni serta amalan sunnah yang telah ditunjuk ajar oleh Al-Quran dan Sunnah yang menjadi tunggak kepada kekuatan umat Islam di zaman kegemilangannya suatu masa dahulu.

Kelemahan-kelemahan yang menjadi kayu pengukur ini adalah jelas berlaku di kalangan umat Islam seluruh dunia. Antaranya adalah seperti berikut:-

  • Umat Islam sudah tidak lagi membanjiri masjid untuk solat berjemaah 5 waktu. Terdapat terdapat rahsia kejayaan yang boleh diperolehi dari solat berjemaah di masjid. Kaum Yahudi pernah menjelaskan berkenaan kekhuatiran mereka iaitu ‘sekiranya mendapati umat Islam telah mula membanjiri masjid untuk mendirikan solat berjemaah, maka saat kekalahan mereka adalah semakin hampir’ dan mereka berazam untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berlaku.
  • Budaya membaca dan menuntut ilmu sudah tidak lagi terdapat dikalangan umat Islam. Sebaliknya, umat Islam lebih mengutamakan hiburan berbanding menuntut ilmu. Masa mereka lebih banyak diluangkan untuk menonton televisyen, bermain, berhibur dan lain-lain perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sekiranya umst Islam tidak dapat menguasai ilmu pengetahuan, maka peradaban dan kekuatan sahsiah tidak dapat dibina.
  • Umat Islam telah disibukkan dengan masalah persengketaan sesama sendiri sebagaimana yang telah berlaku ketika ini. Pemimpin-pemimpin negara Islam tidak ada kekuatan untuk mengadakan kata sepakat dalam urusan membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di srluruh dunia. Fitnah dan hasutan telah berlaku secara berleluasa kerana masyarakat Islam tidak lagi mahu mengambil berat untuk membuat siasatan terhadap sesuatu isu.
  • Generasi muda tidak terdidik mengikut acuan yang sesuai dengan nilai murni mengikut garis panduan yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
  • Umat Islam telah menjadikan artis-artis barat sebagai idola dan ikutan mereka. Lebih malang lagi, artis-artis dan individu tersebut adalah beragama Yahudi dan Nasrani yang telah disebutkan dalam Al-Quran sebagai golongan yang sesat dan dimurkai.
  • Umat Islam telah menggunakan banyak produk-produk kesihatan, pemakanan, pemakaian, hiburan, pendidikan, teknologi dan sebagainya yang dihasilkan oleh kaum Yahudi sendiri yang mana mereka bebas untuk memanipulasi produk dan perkhidmatan mereka untuk kebaikan mereka sendiri.

Kaum Yahudi telah membuat berbagai perancangan bagi memastikan umat Islam akan terus lemah dan berpecah belah.

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).” (Surah AlBaqarah. Ayat 204)

Jika diteliti sedalam-dalamya, rancangan dan tipu helah kaum Yahudi dan Nasrani ini telah meresap jauh keseluruh pelusuk dunia dan tiada sesiapa yang terlepas daripada menjadi mangsa tipu daya mereka.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: “Sesungguhnya kamu akan mengikuti perjalanan orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, bahkan kalau mereka masuk lobang biawak, nescaya kamu mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Ya Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasrani?” Jawab Nabi: “Siapa lagi?” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1968)

Sebaiknya kita seluruh umat Islam tidak harus berlapang dada dan berpeluk tubuh dari bertindak dan berusaha untuk memperbaiki seluruh kehidupan serta keluar daripada belenggu yang mengikat seluruh kehidupan umat Islam.

Antara pelan tindakan yang boleh dilakukan ialah:-

  • Latih dan galakkan anak-anak kita untuk mendirikan solat berjemaah di masjid. Bimbing mereka semasa di sana dan jadikan mereka selesa, sentiasa dialu-alukan dan seronok untuk berada di masjid. Padamkan persepsi salah orang-orang tua dahulu yang mengatakan bahawa masjid adalah untuk warga tua beribadah dan tidak mahu mereka diganggu oleh hiruk-pikuk anak-anak kecil. Mereka telah gagal mendidik generasi yang cintakan masjid sebelum ini dan prinsip mereka tidak perlu diwariskan kepada anak-anak kita.
  • Alihkan aktiviti seharian anak-anak dan kita sendiri daripada bermain gajet-gajet yang dijadikan senjata oleh kaum Yahudi untuk menyesat dan melekakan umat Islam kepada budaya membaca dan menuntut Ilmu.
  • Pelajari dan kuasai Al-Quran dan Sunnah.
  • Baca sejarah agung Baginda Rasulullah s.a.w. dan dalami keperibadian Baginda s.a.w. Seterusnya sering bercerita kepada anak-anak anda agar mereka tertarik dan menjadikan Rasulullah s.a.w. eebagai idola mereka. Pastikan buku sejarah agung Baginda Rasulullah s.a.w. berada di setiap rumah orang-orang Islam. (i.e. Syammail Muhammadiah s.a.w.)
  • Tinggalkan amalan-amalan, prinsip serta nilai-nilai kehidupan berunsurkan duniawi yang ditonjolkan oleh media-media barat kerana ianya terbukti tidak dapat memberikan kebaikan untuk kita. Bentuk seluruh aspek kehidupan kita mengikut cara Islam yang sebenar yang boleh memandu kearah kejayaan dunia dan akhirat.
  • Sokong dan bantu perniagaan, produk serta perkhidmatan umat-umat Islam. Perniagaan adalah fardhu kifayah dan umat Islam dituntut untuk menerajui dan menyokongnya. Seorang peniaga Islam di zaman ini terpaksa juga bermujahadah kerana terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan di pihak pesaing yang bukan Islam. Keyakinan serta ketaatan mereka terhadap syariat agama adalah kuat kerana mereka amat yakin bahawa rezki yang mereka perolehi hanyalah semata-mata kurniaan Allah s.w.t sahaja. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai majikan yang menjamin untuk memasukkan gaji ke dalam akaun bank mereka setiap bulan.
  • Dirikan solat Tahajjud.

Ambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita dan berazamlah untuk merubah kehidupan kita dan jenerasi akan datang yang lebih cemerlang dan diredhai oleh Allah s.w.t.

والله أعلم

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: