Amalan, ILMU dan Amal

Rahsia Disebalik Pekerjaan Yang Sangat Menguntungkan

Katakan anda diberi tawaran kerja dengan dua pilihan lokasi yang berbeza tetapi skop kerja adalah sama, lokasi kerja yang mana satukah anda akan pilih? Jika anda memilih lokasi pertama, anda akan diberikan gaji pokok yang setimpal dengan pekerjaan anda.

Jika anda memilih lokasi kedua, upah/ganjarannya adalah berbentuk pakej yang lengkap dengan 1) gaji  sebanyak 25 kali ganda dari gaji pokok, 2) Komisyen, 3) bonus, 4) Elaun Kenderaan, 5) Elaun Rumah, 6) Kenaikan pangkat, 7) Kelulusan Permohonan dan lain-lain kemudahan.

Sebagai seorang yang bijak, anda pasti akan memilih lokasi kedua kerana ganjaran yang sangat lumayan walaupun anda masih melakukan skop kerja yang sama tanpa sebarang syarat tambahan.

Begitulah perumpamaan perbandingan antara solat bersendirian di rumah dan solat berjemaah di masjid, malah ganjarannya adalah berlipat kali ganda lumayan.

Setiap muslim pastinya maklum bahawa pekerjaan utama yang wajib dilaksanakan oleh semua hamba Allah yang beriman setiap hari ialah mendirikan solat 5 waktu. Perkara pertama yang bakal dihisab dan ditanya di hari akhirat kelak adalah solat.

Orang yang bijak dan berjaya pastinya mahu meraih seberapa banyak mungkin ganjaran atas kerja-kerja yang diakukan walaupun dengan usaha yang sedikit.

Sebagai suntikan motivasi buat kita, marilah lakukan sedikit perbandingan antara solat berjemaah di Masjid dan solat bersendirian di Rumah.

  • Ganjaran pahala: Masjid – 25 kali ganda, Rumah – 1 kali ganda

Dari Abu Hurairah: “Rasulullah saw pernah bersabda: “Solat berjamaah dua puluh lima kali lebih afdal dari solat bersendirian. Para malaikat penjaga malam dan siang berkumpul di waktu solat subuh. Seperti yang disebutkan Allah dalam firmanNya: “Wa Qur-aanal Fajri Inna Qur-aanal Fajri Kaana masyhuudaa” Dan dirikanlah solat subuh sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0473)

  • Ganjaran untuk setiap langkah: Masjid – Setiap Langkah Naik 1 Darjat & Diampunkan Dosa, Rumah – Tiada.

Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu dia pergi kemasjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula kesalahannya. Apabila dia telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempatnya solat, katanya: “Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!” Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat.”(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0368)

  • Ganjaran saf pertama: Masjid- Ya, Rumah – Tiada.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. ” (Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0390)

  • Doa Para Malaikat: Masjid – Ya, Rumah – Bergantung.

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin! Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0429)

  • Doa mustajab orang-orang soleh: Masjid – Ya, Rumah – Tiada
  • Perlindungan dari godaan syaitan: Masjid – Ya, Rumah – Tiada

Dari Ma’dan bin Abi Thalhah Al Ya’muri katanya: “Pada suatu hari Abu Darda’ bertanya padaku: “Dimanakah rumahmu?” Jawabku: “Rumahku ada di suatu desa dekat dengan kota Horns”. Kata Abu Darda’: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Jika ada tiga orang di suatu desa, sedangkan mereka tidak mengerjakan solat berjamaah, nescaya syaitan akan menguasai mereka”. Kerana itu kerjakanlah solat berjamaah, sebab seorang yang solat sendirian, maka dia akan dikuasai oleh syaitan, sebagaimana diterkamnya seekor ternak yang sendirian oleh serigala.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0825)

  • Pahala mengerjakan sunnah Rasulullah s.a.w.: Masjid – Ya, Rumah- Tiada.
  • Pahala Iktikaf: Masjid – Ya, Rumah – Tiada.
  • Pahala berjemaah sekiranya lewat sampai: Masjid – Ya, Rumah – Tiada.

Dari Abu Hurairah: “Bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda: “Seorang yang menyempurnakan wuduknya. Kemudian ketika dia menuju ke masjid, dia dapatkan orang-orang yang telah mengerjakan solat, maka Allah akan menuliskan pahala bagi orang itu seperti seorang yang telah menghadiri solat berjamaah bersama mereka tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0833)

  • Ganjaran Berjabat Tangan: Madjid -Ya, Rumah – Tiada

Rasulullah saw. bersabda: “Tiada dua orang muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3703)

  •  Pahala menunggu solat: Masjid – Ya, Rumah – Tiada

Dari Abu Musa r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : “Orang yang paling besar mendapat pahala solat, ialah orang yang paling jauh berjalan ke tempatnya solat berjemaah. Dan orang yang menunggu-nunggu waktu solat berjemaah pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian, sesudah itu dia tidur.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0623)

Inilah rahsia kelebihan yang Allah s.w.t. telah sediakan buat hamba-hambanya yang soleh dan mahu berfikir. Walaupun dengan usaha yang sedikit, ganjaran yang Allah s.w.t. sediakan adalah berlipat kali ganda banyaknya

. Semoga dengan sedikit perkongsian ini boleh memberi manfaat buat kita semua.

Al-Quran free

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: