Manusia dan Peristiwa, Tempat-Tempat Menarik

Kisah Rasulullah s.a.w Membina Ekonomi Umat Islam di Madinah

Kaum Yahudi di Madinah sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. adalah merupakan peniaga yang menguasai sistem kewangan dan ekonomi di Yathrib (Madinah). Mereka mengamalkan sistem ekonomi yang berlandaskan riba, tipu helah, peras ugut dan penindasan.

Pasar-pasar milik Yahudi yang dibina semuanya dikuasai oleh peniaga-peniaga bangsa Yahudi dan bangsa-bangsa Yathrib tidak berpeluang untuk membina perniagaan di sebabkan oleh berbagai kekangan yang dikenakan keatas mereka.

Setelah Rasululullah berhijrah ke Yathrib, Baginda Rasulullah s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud bandar. Ini menunjukkan Baginda telah menetapkan wawasan yang jauh untuk membina sebuah peradaban umat Islam di sana.

Baginda Rasulullah s.a.w. juga mempersaudarakan seluruh penduduk tetap dan pengikut Baginda yang berhijrah sebagai umat Islam yang bersatu seterusnya menghapuskan sikap perkauman yang sebelum itu menebal di kalangan masyarakat arab yang taksub terhadap kafilah atau puak-puak dan keturunan mereka. Dengan adanya talian persaudaraan sesama Islam ini, satu masyarakat yang bersatu padu dan bersefahaman  telah terbentuk sehingga mampu saling bantu membantu satu sama lain segala perkara termasuk pembinaan perniagaan dan perundangan Islam.

Berdasarkan syariat Allah s.w.t, baginda Rasulullah s.a.w telah mewujudkan sistem ekonomi Islam bagi menggantikan sistem ekonomi Yahudi dan jahiliah yang mengandungi banyak unsur-unsur riba. Pasar-pasar untuk perniagaan orang-orang Islam telah dibina sebagai usaha untuk membina ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dan pengukuhan ekonomi masyarakat Islam.

Ekonomi umat Islam di Madinah adalah dibina atas kemampuan para sahabat menjalankan perniagaan. Para-para sahabat yang terdekat kebanyakannya adalah merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Di antaranya ialah Sayidina Abu Bakar, Sayidina Uthman, Syaidina

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh ekonomi umat Islam pada awal pembinaan negara Islam di Madinah ialah:-

  • Pasar kaum Yahudi telah ditutup kerana kerugian dan masyarakat Islam Madinah lebih mengutamakan pasar yang milik peniaga Islam.
  • Sistem wakaf telah berkembang di mana para sahabat telah mewakafkan sebahagian besar harta untuk keperluan penduduk seperti sumber air, tanah untuk pembinaan institusi masjid yang menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan dakwah dan pendidikan pada masa itu.

  • Zakat yang termaktub dalam sistem ekonom Islam berjaya membela nasib golongan miskin, anak yatim dan golongan asnaf.

  • Sistem ekonomi yang berlandaskan Riba yang di dokong oleh kaun Yahudi berjaya dihapuskan.

  • Sistem kewangan berasaskan wang dinar dan dirham  bersandarkan emas yang lebih stabil dan adil membuatkan ekonomi umat Islam bertambah kukuh.

  • Keujudan ramai ahli-ahli perniagaan Islam yang berjaya dapat membantu pembiayaan kelengkapan pertahanan/ peperangan. Pada peringkat awal pembinaan negara Islam di Madinah, kerajaan masih belum mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menyediakan kelengkapan persenjataan perang bagi menghadapi serangan-serangan musuh. Kebanyakan kelengkapan persenjataan adalah hasil wakaf dan milik para-para sahabat yang menyertai peperangan.

Pencapaian Rasulullah s.a.w. dalam membina sistem perekonomian Islam adalah sangat luas dan merangkumi segala aspek. Jika ingin disenaraikan kesemua pencapaian sebenarnya berbanding senarai di atas adalah amat sedikit.

Dengan adanya sistem perekonomian Islam yang saksama, nasib umat Islam menjadi lebih terbela dan kekangan yang sebelum ini kenakan terhadap masyarakat Arab oleh bangsa Yahudi berjaya dileraikan satu persatu.

Semoga dengan kisah dan tauladan ini, akan memberi inspirasi buat umat Islam bangkit semula membina peradaban serta ekonomi Islam yang sudah lama ditinggalkan.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: