Penjagaan Rumah, Petua Baru Dan Lama

Petua Untuk Mengesan Kelembapan Pada Dinding

Selepas beberapa tahun mendiami rumah baru, anda akan mendapati bahawa dinding menjadi lembap setiap kali musim hujan atau yang lebih merungsingkan ialah ianya tetap berlaku pada bila-bila masa walaupun tiada hujan. Ada terdapat banyak sebab kenapa dinding rumah anda boleh menjadi lembap dan antaranya ialah kerana ada kebocoran pada saluran sistem paip yang tertanam di dalam dinding dan juga kebocoran pada bumbung rumah.

Kebocoran yang berlaku pada sistem paip dalam rumah sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk dan membahayakan. Sekiranya kebocoran yang berlaku adalah disebabkan kebocoran sistem paip air, ini lebih merugikan anda kerana terpaksa membayar bil air walaupun tidak digunakan. Kebocoran seperti ini boleh membesar sekiranya tidak diperbaiki.

Kelembapan yang terdapat di dalam dinding boleh juga mengakibatkan kerosakan perabot dan struktur rumah kerana ianya boleh menjadikan besi tetulang atau kerangka rumah menjadi karat dan melemahkan struktur rumah anda.

Kesan kebocoran akan kelihatan jelas dan boleh dilihat dengan mata kasar setelah ianya terjadi bertahun-tahun lamanya. Kesan-kesan seperti dinding berkulat dan cat terkopek adalah antara simptom yang berlaku dan pada waktu ini tindakan cepat mesti dilakukan bangi mengelakkan sebarang masalah.

Namun begitu, ada kaedah yang boleh dilakukan bagi mengesan sebarang kelembapan akibat kebocoran yang berlaku pada peringkat awal. Bahan-bahan yang diperlukan ialah Aluminium Foil dan Tape pelekat.

Caranya ialah:-

  • Tampal aluminium kertas aluminium/ aluminium foil tersebut pada dinding yang disyakki berlaku kebocoran atau yang menghadapi masalah.
  • Gunakan tape pelekat untuk menutupi sekitar kertas aluminium tersebut.
  • Biarkan selama beberapa hari.
  • Setelah itu, tanggalkan kertas aluminium itu dan anda akan lihat kesan kelembapan di belakangnya.
  • Sekiranya ada terdapat kesan kelembapan pada dinding tersebut, ikhtiarkan untuk mengenal pasti punca kelembapan. Hubungi apatkan tukang paip atau tukang rumah yang mahir bagi mengatasi masalah kebocoran tersebut.

Selamat mencuba.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Koleksi Petua Baru dan Lama | Tajas Media - September 14, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: