Anda mungkin pernah bertemu dengan bahan Krim Tartar ini di dalam buku resepi. Ianya biasa digunakan sebagai topping, tapi apakah sebenarnya bahan ini dan asal usulnya? Ambil sedikit masa untuk mengetahui berkenaan bahan ini.
Apakah Krim Tartar?: Ianya adalah sejenis serbuk berwarna putih dan tidak mempunyai bau. Sekiranya anda tidak biasa dengan serbuk ini, mungkin akan keliru dengan ‘Baking Powder’.
Kenapa diberi nama begitu?: Nama kimianya ialah potassium bitartrate atau potassium hydrogen tartrate. Sebagaimana yang anda telah lihat, nama tartrate adalah sebab kenama ianya diberikan nama sedemikian.
Dari mana bahan ini diperolehi?: Percaya atau tidak, sebenarnya ia adalah berasal daripada bahan sampingan yang terhasil dari proses pembuatan wain. Ianya diambil daripada bahan mendapan yang terhasil selepas proses pembuatan wain. Bahan-bahan ini akan terbentuk di bahagian tepi tong untuk menghasilkan wain akan di kikis dan di bersihkan. Bahan ini kemudiannya akan dikisar menjadi serbuk.
Kegunaan dalam makanan: Krim tartar kebiasaannya digunakan sebagai topping ‘meringue’. Krim ini bukan sahaja boleh membantu menstabilkan telur putih dan membolehkan ianya mengekalkan tekturnya apabila dipukul rata, malah ianya membantu untuk membuatkannya lebih tahan panas.
Kegunaan lain ialah untuk menstabilkan ‘whipped cream’, menghalang perubahan warna pada sayuran apabila direbus dan menghalang sirap gula daripada membentuk kristal.
Krim tartar juga ada digunakan untuk mengaktifkan ‘Baking Soda’ dan kadangkala ianya digunakan sebagai ganti kepada garam.
Kegunaan-Kegunaan Lain: Krim tartar juga boleh digaulkan dengan bahan berasid seperti Lemon atau Vinegar sehingga menjadi pekat dan digunakan sebagai bahan pencuci logam atau porselin.
Campurkan Krim Tartar dengan ‘hydrogen peroxide’ untuk mencuci karat pada perkakas-perkakas besi yang terdapat di rumah anda.
Selain daripada penyediaan makanan, krim tartar juga boleh di guna untuk menghindar semut. Caranya ialah dengan menabur krim tartar di sarang semut dan bahagian dinding retak yang boleh di masuki semut.
Krim tartar juga boleh menyerikan semula barangan porselin dengan menaburkan krim itu di atas kain lembap kemudian gosok pada permukaan porselin.
Salam.. nak tanya.. cream of tartar ni nk pkai byk mana slalu nya? Dia mcm baking powder camtu ke pkai dlm 1/2 sudu kecik je. Trima kasih
Waalikum salam, tak perlu gunakan banyak… memadai hanya sekadar 1/2 sudu sudah cukup . juga bergantung kepada tujuan kegunaannya.
Krim tartar ni halal ke?sbb asal dr wain
Benda apa yg bole gntikan krim tartar ye?