Petua Baru Dan Lama

Petua untuk Hapuskan Kutu Kepala

Kutu kepala adalah sejenis serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap dan hidup pada rambut haiwan seperti manusia. Saiz kutu kepala adalah kira-kira 2.0mm – 4.0 mm panjang dan ianya biasa ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala adalah hidup dengan menghisap darah. Semasa proses menghisap darah ini, air liur kutu kepala akan tertumpah pada kulit kepala dan ini akan menyebabkan rasa gatal.

Secara puratanya, kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur-telur yang dikenali sebagai ‘nit’ ini akan terlekat kuat pada pangkal rambut. Telur-telur ini akan menetas dalam tempoh satu minggu. Ini bermakna, pembiakan kutu kepala adalah cepat sekiranya tidak dihalang. Kutu kepala boleh hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor.

Sebagai panduan, anda boleh juga membuat rawatan mencegah kutu kepala di rumah dengan bahan-bahan yang ringkas, tidak beracun dan murah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Bawang putih
  • Minyak Kelapa

Cara-cara:

  • Ambil tiga atau empat ulas bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, gaul bawang putih tersebut dengan tiga sudu minyak kelapa.
  • Untuk menggunakannya, lumurkan ramuan tadi pada rambut sehingga rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. (Sebaik-baiknya gunakan ramuan ini sebelum mandi).

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Koleksi Petua Orang dulu-dulu | Tajas Media - September 30, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: