Penjagaan Kesihatan, Petua Baru Dan Lama

Petua Mencerahkan Mata

Mata adalah salah satu anugerah Allah s.w.t. yang sangat unik serta tidak ternilai harganya. Kita dapat menikmati keindahan alam semesta serta menjalani kehidupan ini dengan sempurna adalah hasil anugerah mata yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita. Alhamdulillah.

Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang terpaksa memakai cermin mata walaupun seawal usia semenjak zaman persekolahan lagi, anda mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk memulihkan semula masalah rabun anda dan lupakan sepenuhnya penggunaan cermin mata atau kanta lekap.

Kali ini kami ingin berkongsi petua perubatan serta doa berasaskan Al-Quran yang telah diamalkan oleh orang-orang alim terdahulu. Anda hanya perlu mengamalkan beberapa bacaan selawat, doa dan petikan ayat suci Al-Quran yang ringkas dan mudah untuk diingat.

Sila ikuti video penerangan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah yang memperolehi petua ini daripada Alim Ulama’ di Makkah Al-Mukarramah. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat serta kebaikan dari perkongsian doa ini in Shaa Allah. Aamiin.

Kaedahnya ialah dengan mengamalkan selepas baca doa solat fardu..

Langkah 1:

  • Genggam kedua tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata.
  • Baca Selawat 3x
  • Baca “Lailahaillallah Nurul Ain, Muhammadur Rasulullah Qurrotul Ain” sebanyak 3x.
  • Hembuskan pada kedua-dua ibu jari tangan tadi dan sapu pada mata 3x. (seolah-olah kedudukan kuku mengenai bahagian kening, bawah kuku diusap ke mata).

Langkah 2:

  • Genggam semula tangan dengan kedudukan ibu jari menghadap mata.
  • Baca sebahagian ayat Surah Qaf; Ayat 22 sebanyak 3x.

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(Surah Qaf; ayat 22)

  • Hembuskan pada kedua-dua ibu jari tangan tadi dan sapu pada mata 3x. (seolah-olah kedudukan kuku mengenai bahagian kening, bawah kuku diusap ke mata).
  • Lakukan dengan Istiqamah serta yakin semoga Allah beri kesembuhan. In Shaa Allah.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: