Kejadian Alam, Sejarah

Buah Tin #01 – Sejarah Buah Tin

Nama buah Tin adalah diambil dari bahasa arab ‘Tin’ dan boleh juga dikenali sebagai ‘Figs’ dalam bahasa inggeris. Pokok Tin telah tumbuh secara meliar di Afrika, Asia Barat dan sekitar Laut Mediteranean semenjak seratus juta tahun dahulu iaitu semenjak era dinasor lagi. Buah Tin adalah merupakan salah satu tumbuhan yang pertama sekali ditanam oleh manusia sebagai aktiviti pertanian.

Ada terdapat sembilan subfosil buah Tin yang terdiri daripada jenis partenocarpic bertarikh kira-kira 9400-9200 BC yang ditemui di perkampungan Neolithic awal Gigal I yang berada di Lembah Jordan, 13 km di utara Jericho. Penemuan fosil ini membuktikan bahawa penanaman buah Tin telah mendahului penanaman gandum, barli dan kekacang.

Para pengkaji barat percaya bahawa manusia berkemungkinan telah memakan buah Tin semenjak zaman nabi Adam dan Hawa lagi. Buah Tin adalah buah-buahan yang enak serta berkhasiat yang mengandungi kalsium, potassium dan fiber. Selain daripada khasiat buahnya, daun pokok zaitun juga boleh diambil sebagai pemakanan untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Buah Tin juga telah dijadikan sebagai sumber pemakanan utaman oleh bangsa Rom. Pada abad yang pertama selepas Masihi, orang-orang Rom telah membawa buah Tin ke serata tanah jajahan Empayar Roman – sekitar Mediteranian dan Utara Eropah serta England. Buah Tin berkemungkinan merupakan yang pertama dibawa ke timur sehingga ke Cina di sepanjang Laluan Sutera semasa zaman perluasan Empayar Islam.

Selepas itu, buah Tin ada banyak ditanam di kawasan yang merangkumi Afganistan sehingga Portugal, juga ditanam di Pithoragarh iaitu di pergunungan Kumaon di India. Bermula daripada abad ke 15 dan seterusnya, buah tin telah mula dibawa dan ditanam di kawasan sekitar kawasan utara Eropah dan Benua Amerika. Pada abad ke 16, Cardinal Reginald Pole telah memperkenalkan pokok Tin kepada Istana Lambeth di London.

Kali pertama diketahui berkenaan buah Tin di Cina ialah kira-kira tahun 700 selepas Masihi iaitu ketika pemerintahan Dinsati Tang. Apabila penakluk Sepanyol datang ke Mexico dan California daripada Sepanyol sekitar tahun 1500, mereka membaa bersama mereka buah Tin dan menanamnya di kawasan Amerika  Utara.

Kini, penanaman pokok Tin telah mula diusahakan di kawasan yang beriklim tropika termasuk kawasan Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Awsam Biotech 01

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: