Buah Fikiran, Nutrisi

Buah Tin #02- Pemakanan Paling Sihat Dunia

Buah Tin adalah merupakan antara buah yang terawal yang terdapat di muka bumi ini iaitu semenjak awal penciptaan tumbuhan di dunia ini. Buah Tin juga telah dikenali sebagai makanan yang hampir sempurna kerana mengandungi zat serta nutrien yang banyak dan baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Pengambilan buah Tin boleh membekalkan zat dan garam galian yang lengkap sebagaimana yang terdapat di dalam susu haiwan. Sekali gus ianya boleh dijadikan alternatif terbaik untuk mereka-mereka yang alahan terhadap susu.

Maklumat Nutrisi: Buah Tin mengandungi gula semulajadi, zat galian dan fiber mudah larut yang tinggi. Buah Tin adalah kaya dengan kandungan mineral termasuk Pottasium, Kalsium, Magnesium, Zat Besi, Kuprum dan sumber terbaik sebagai antioksida Vitamin A, E dan K yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan manusia.

Mengikut kajian secara klinikal oleh pakar-pakar pemakanan di Eropah dan Amerika Syarikat, antara Khasiat dan Kebaikan buah Tin adalah:-

  • Membantu menurunkan Kadar Tekanan Darah – Buah Tin mengandungi sumber Pottasium yang tinggi iaitu sejenis garam galian yang boleh membantu menurunkan tekanan darah.
  • Membantu Penurunan Berat Badan – Buah Tin mengandungi sumber utama ‘Dietry Fiber’ untuk penurunan berat badan.
  • Membantu Mengelakkan Kanser Payudara Pramenopaus – Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan pemakanan buah-buahan dan makanan cereal yang mengandungi fiber akan membatu pencegahan kanser payudara.
  • Daun pokok Tin mengandungi bahan Anti-diabetis – Kajian menunjukkan bahawa ekstrak cairan yang diambil dari daun pokok Tin telah dimasukkan dalam diet makanan pesakit diabetis yang bergantung kepada insulin. Didapati ianya membantu mengurangkan pergantungan kepada insulin.
  • Kesan Kardiovaskular – Kajian keatas haiwan, daun pokok Tin didapati dapat menurunkan paras ‘triglycerites’ (i.e. satu keadaan di mana lemak beredar di dalam pembuluh darah, sementara kajian ‘vitro’, daun pokok Tin dapat menghalang pembiakan sesetengah sel kanser. Selain daripada kandungan Potasium dan fiber yang tinggi, daun pokok Tin juga menduduki rangking yang tinggi sebagai sumber utama zat galian mangganese yang baik untuk tulang, kulit, kawalan gula dalam darah, pencegahan dari kerosakan akibat radikal bebas.
  • Menghalang dari ‘Macular Degeneration’ – Macular Degeneration adalah satu penyakit berkaitan dengan kehilangan penglihatan.

Sumber: Self Nutrition Data, The World Healthiest Foods

Awsam Biotech 01

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: