Nutrisi

Buah Tin #04: Faedah Pemakanan

Selama berabad-abad lamanya buah Tin telah digunakan untuk merawat gangguan dan penyakit seperti buasir, diabetes, hati, pernafasan dan penyakit berkaitan kencing. Sehingga kini banyak kajian yang  telah dilakukan di India menunjukkan potensi yang besar dalam menangani masalah ini serta masalah jangkitan lain. Apabila kering, buah Tin mempunyai kepekatan tertinggi polifenol antioksidan berbanding buah-buahan kering yang lain.

Di negara-negara barat dan mediteranian, buah Tin boleh dinikmati secara segar atau kering. Masyarakat di sana sering mencampurkannya dalam salad, sup, stew atau dibuat jem untuk dimakan dengan roti. Berikut adalah di antara lima cara bagaimana buah Tin boleh membantu anda menikmati kehidupan yang hidup sihat dan sejahtera:

1. Antioksidan yang terdapat dalam buah Tin boleh melindungi lipoprotein dalam darah daripada pengoksidaan.

Kajian menunjukkan bahawa memakan buah Tin mampu menghasilkan peningkatan yang ketara dalam keupayaan antioksidan yang berlangsung selama 4 jam selepas pemakanannya. Ianya merangsang anti oksidan bagi membolehkan badan untuk mengatasi tekanan oksidatif akibat memakan makanan yang merosakkan seperti sirap berfruktosa tinggi yang terdapat dalam minuman ringan berkarbonat. Perlu diingat bahawa jenis buah Tin gelap mengandungi kapasiti antioksidan yang lebih tinggi dan banyak nutrien yang terdapat dalam kulit buah-buahan yang masak sepenuhnya.

2. Buah Tin membantu melegakan sembelit kronik dan gangguan gastrousus.

Tiga buah Tin kecil ada mengandungi 5 gram serat. Kajian menunjukkan bahawa makan buah Tin juga membantu meningkatkan kelawasan usus dengan itu menghalang dan menyembuhkan masalah sembelit.

3. Buah Tin mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi.

Buah Tin mengandungi tahap quercetin flavonoid. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan pemakanan quercetin boleh dikaitkan dengan pencegahan kanser dan kolon paru-paru.

4. Buah Tin boleh mengurangkan keradangan yang yang dikaitkan dengan pembentukan kanser.

Oleh kerana mengandungi kandungan bahan lain yang dipanggil flavonoid luteolin, buah tin mampu bertindak sebagai anti radang yang spesifik dalam badan. Luteolin mempunyai keupayaan antioksidan yang kuat dan sangat berkesan untuk meneutralkan radikal bebas. Berbanding dengan flavonoid lain, luteolin adalah yang paling berkesan untuk menyekat pertumbuhan tumor. Luteolin telah dibuktikan menjadi bahan utama dalam mencegah dan merawat kanser kulit.

5. Memakan buah Tin boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Buah Tin adalah sumber zat kalium yang baik. Ianya adalah mineral yang penting bagi membantu mengawal tekanan darah dengan membenarkan saluran darah berehat yang mengakibatkan penurunan tekanan dalam darah. Zat kalium dalam buah Tin boleh bekerja dengan baik dalam menangani ‘tekanan darah tinggi yang berpunca dari alahan garam’ kerana ia membantu meningkatkan perkumuhan natrium klorida melalui air kencing.

Sumber: BBC Good Food

Awsam Biotech 02

Discussion

2 thoughts on “Buah Tin #04: Faedah Pemakanan

  1. Kt KL di mana boleh dapatkan buah tin segar yer?

    Posted by PermataPermata | April 26, 2015, 2:22 am
  2. Interesting facts.. tq

    Posted by Mister | April 28, 2015, 12:26 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: