Penjagaan Kesihatan

Tidur Berlebihan Boleh Meningkatkan Risiko Strok

DI Malaysia, penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2000 hingga 2005, dianggarkan 20 hingga 25 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit yang disebabkan gaya hidup ini.

Implikasi negative tentang kekurangan tidur sudah banyak di dokumentasikan; ianya boleh mengakibatkan masalah berkaitan memori dan daya tumpuan. Ianya juga mempunyai kaitan terhadap risiko berkaitan obesity, diabetis dan penyakit jantung. Namun, kajian terbaru telah menunjukkan bahawa terlalu banyak tidur juga boleh member kesan buruk kepada kita: ia boleh meningkatkan risiko serangan angin ahmar (strok).

Tidur yang berlebihan melebihi 8 jam setiap malam telah dikaitkan dengan 46% penigkatan risiko terhadap strok.

Satu pasukan pengkaji termasuk Yue Leng dari jabatan kesihatan awam dan penjagaan utama di University of Cambridge UK, telah menerbitkan penemuan mereka di jurnal Neurology.

Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa yang berumur antara 18-64 tahun perlu tidur antara 7-9 jam setiap malam.Namun kajian terbaru yang melibatkan lebih 9,000 orang dengan purata umur 62 tahun, telah mendapati bahawa tidur melebihi 8 jam setiap malam telah dikaitkan dengan 46% peningkatan risiko mendapat strok (angin ahmar).

Strok akan berlaku apabila bekalan darah ke otak menjadi terhad, ianya boleh berlaku samada akibat dari darah beku atau kerana saluran darah pecah. Lebih daripada 795,000 orang di US telah mengalami strok setiap tahun dan ianya telah menjadi penyebab utama kejadian kurang upaya di sana.

Berdasarkan penemuan mereka, Leng dan rakan-rakan mereka menjelaskan bahawa ianya masih belum jelas samada tisur yang melebihi 8 jam satu malam – dirujuk sebagai “banyak tidur” – adalah menjadi penyebab atau mengakibatkan strok.

“It is more likely that extended sleep duration could serve as an early warning sign of increased stroke risk, particularly in older people,” Leng told Medical News Today. “In any case, the finding should not be interpreted as ‘restrict sleep duration so as to cut stroke risk.'”

“Terdapat kebarangkalian bahawa jangka masa tidur yang panjang boleh menjadi sebagai amaran awal yang boleh meningkatkan risiko strok, lebih-lebih lagi pada orang yang lebih tua,” jelas Leng lagi. “ Dalam mana-mana kes, penemuan ini tidak boleh di intrepetasikan sebagai ‘kurangkan jumlah waktu tidur supaya mengurangkan risiko strok.’”

Sumber: Medical News Today

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: