Sirah

Kisah Sekeping Roti

Pada suatu ketika, Saidatina Fatimah Az-Zahra telah memperolehi sedikit gandum yang berupa bijirin yang belum diperoses. Gadum yang boleh diperolehi pada ketika itu adalah yang merupakan jenis yang kurang berkualiti berbanding dengan zaman sekarang. Maka dengan gandum yang sedikit itu saidatina Fatimah Az-Zahra telah menggiling gandum tersebut untuk dijadikan tepung membuat roti.

Hasil daripada sedikit tepung gandum tersebut, Saidatina Fatimah Az-Zahra telah mengadunnya dan hanya cukup untuk dijadikan sekeping roti. Ianya hanya cukup untuk dimakan bersma-sama anak-anak dan suaminya saidina Ali k.w. Keadaan mereka adalah sangat sukar dan jarang-jarang untuk mendapatkan makanan yang cukup untuk sekeluarga apatah lagi untuk mendapatkan makanan yang lazat-lazat.

Suami saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu saidina Ali k.w. adalah perupakan seorang pejuang Islam dan pendokong kepada dakwah serta perjuangan Rasulullah s.a.w. Banyak pengorbanan yang telah di lakukan oleh Saidina Ali k.w. didalam mendokong usaha dakwah serta perjuangan Islam lebih-lebih lagi di awal penyebaran agama Islam di mana kekuatan serta kestabilan negara Islam di Madinah masih lagi goyah dan masih belum lagi stabil.

Setelah roti yang disediakan oleh Saidatina Fatimah Az-Zahra siap dimasak, beliau telah teringatkan ayahanda yang tercinta Baginda Rasulullah s.a.w. dan terasa ingin berkongsi roti tersebut bersama-sama ayahandanya yang tercinta. Maka roti yang sekeping itu telah dibahagikan kepada dua dan separuh lagi untuk dikongsikan bersama Rasulullah s.a.w.

Saidatina Fatimah Az-Zahra pun pergi ke rumah baginda Rasulullah s.a.w. pada hari itu bersama-sama separuh roti tersebut di tangannya. Sesampai sahaja ke rumah Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah Az-Zahra telah disambut mesra seperti biasa oleh ayahandanya Baginda Rasulullah s.a.w. dengan kemesraan seperti seorang ayahanda dan puteri bongsu yang tercinta.

Setelah itu, Saidatina Fatimah Az-Zahrah pun menghidangkan roti yang dibawanya kepada ayahandanya yang tercinta. Baginda Rasulullah s.a.w. menerima pelawaan puterinya dengan mengambil secebis daripada roti tersebut, memakan dan menelan roti tersebut tanpa sebarang kuah atau sup. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada Saidatina Fatimah Az-Zahrah bahawa roti yang telah masuk ke dalam perut Baginda s.a.w. itu adalah yang pertama sekali memasuki perut Baginda s.a.w. semenjak tiga hari yang lepas.

Baginda Rasulullah s.a.w sebenarnya tidak mempunyai sebarang makanan untuk di makan dan telah berada di dalam keadaan lapar selama tiga hari!

Mendengarkan penjelasan tersebut, Saidatina Fatimah Az-Zahra merasa amat terharu dan menangis mengenangkan besarnya pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. didalam memastikan agar umat ini dapat terselamat daripada kemurkaan Allah s.w.t.

Sesungguhya segala pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w. dalam memastikan bahawa agama Allah s.w.t ini dapat sampai kepada seluruh umat ini adalah semata-mata kerana Allah s.w.t serta rasa cinta murni baginda terhadap umat baginda. Tiada sebarang ganjaran yang diingini oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kecuali hanyalah mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. semata-mata.

Allahumma salli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala Saidina Muhammad.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: