Amalan, Buah Fikiran

Masjid Untuk Golongan Elit dan terbatas untuk waktu-waktu tertentu Sahaja?

Sebagaimana yang telah lazim diperkatakan, sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan maka masjid menjadi tumpuan majoriti umat Islam terutamanya untuk mendirikan Solat Tarawikh, Iktikaf, Iftar, Tadarus Al-Quran dan sebagainya. Istimewanya Ramadhan ini adalah sebagaimana yang telah dijanjikan Allah swt sebagaimana yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah saw dalam Hadisnya:-

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikunci pintu neraka, dan dibelenggu semua syaitan.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1039)

Maka dengan ini keberkahan bulan Ramadhan, banyak hati-hati manusia telah dibuka oleh Allah swt untuk mengunjungi masjid-masjid dan surau-surau. Jikalau sebelum ini ramai yang telah terleka dengan kesibukan duniawi yang seakan-akan tiada penghujungnya, maka di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka mula menanam azam untuk menumpukan ibadah mereka pada waktu malam selain berpuasa di siang hari.

Pintu-pintu masjid yang dahulunya sepi dan terkunci rapat terutamanya pada waktu malam, telah mula menerima kunjungan para tetamu yang ramainya melebihi biasa seolah-olah ianya juga dibuka seiring dengan terbukanya pintu-pintu syurga. Para tetamu yang memasuki pintu-pintu masjid ini secara tidak langsung dapat memasuki pintu-pintu syurga ini dengan Rahmat serta Kasih sayang Allah swt.

Sedikit perkara yang perlu diingatkan kepada para petugas-petugas serta pengurusan masjid-masjid. Aggaplah semua tetamu yang mengunjungi masjid-masjid tersebut sebagai tetamu yang Allah swt yang istimewa yang telah terpilih dengan menggerakkan hati mereka untuk memasuki pintu-pintu masjid tersebut. Layan tetamu dan uruslah masjid-masjid ini dengan sebaik mungkin agar para tetamu yang memasuki ‘Rumah Allah’ ini dapat merasai selesa dan tertarik untuk terus istiqamah mengunjunginya setiap waktu.

Jika dilihat secara kasarnya, kita boleh kategorikan pengunjung-pengunjung masjid sepanjang bulan Ramadhan kepada beberapa golongan iaitu:-

  • Imam-iman, Bilal, AJK, Petugas-petugas masjid, pengawal keselamatan dan sebagainya yang telah ditakdirkan untuk mengabdikan sebahagian besar umur mereka di masjid-masjid.
  • Ahli-ahli kariah atau penduduk tempatan yang Allah swt telah jinakkan hati mereka untuk mengunjungi masjid dan menjadi pengunjung tetap.
  • Golongan ahli kariah yang Allah swt telah lapangkan waktu mereka untuk mengunjungi masjid pada bulan Ramadhan dan waktu-waktu tertentu. Mereka jarang-jarang dilihat mengunjungi masjid kecuali hari Jumaat, Ramadhan, Hari Raya dan hari-hari istimewa lain.
  • Para-para musafir yang menjadikan masjid sebagai tempat-tempat persinggahan mereka dalam permusafiran. Oleh kerana hati mereka telah dibuka untuk mengunjungi masjid, maka mereka memilih masjid sebagai tempat persinggahan permusafiran, sedangkan masih ramai yang memilih tempat-tempat lain selain masjid sebagai tempat persinggahan atai istirehat.
  • Pelajar-pelajarUniversiti, Kolej atau Sekolah yang ingin menumpukan ibadah mereka dan dalam masa yang sama tidak mahu menjejaskan program pendidikan dengan meluangkan sebahagian besar mereka beribadah dan mengulangkaji di dalam Masjid.
  • Insan-insan yang Allah swt baru menjinakkan hati mereka untuk mengunjungi masjid terdiri dari golongan yang berada.
  • Insan-insan yang Allah swt baru jinakkan hati mereka untuk mengunjungi masjid terdiri dari golongan miskin dan gelandangan.

Masih ada ramai lagi golongan-golongan yang perlu dikenal pasti yang mengunjungi masjid sewaktu bulan Ramadhan. Namun perlu diingat walau apa pun latar belakang dan di mana letaknya kedudukan mereka, kehadiran mereka ke masjid adalah kerana mereka telah ditakdirkan oleh Allah swt untuk melangkahkan kaki ke masjid.

Mereka secara tidak langsung adalah merupakan tetamu Allah swt dan perlu disambut dan dilayan dengan sebaik mungkin tanpa membandingkan kedudukan serta latar belakang mereka. Mereka adalah ‘Golongan Elit’ yang telah dicampakkan hidayah oleh Allah swt untuk memasuki pintu-pintu rumah-Nya yang terbuka luas seluas sebagaimana terbukanya pintu-pintu Syurga. Mereka ini adalah dianggap ‘Elit’ kerana mereka telah terpilih mengunjungi masjid berbanding mereka-mereka yang telah dipesongkan hati mereka atau disibukkan dengan urusan-urusan lain seperti mengunjungi pusat-pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan atau sukan, berada di rumah-rumah, terperangkap dijalan raya, dan sebagainya.

Ada terdapat sesetengah pengunjung ini memilih bulan Ramadahan untuk beribadah di dalam Masjid dan juga beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang sengaja mengambil cuti di dalam bulan Ramadhan sebulan penuh untuk tujuan ini. Mereka berharap agar bulan Ramadhan inilah masanya untuk mereka meningkatkan kualiti ibadah serta mendidik jiwa mereka dengan mendekatkan diri dengan Allah swt.

Dalam masa yang sama, kita juga boleh dapati bahawa sumber-sumber kewangan masjid serta surau juga semakin melimpah ruah kerana dibukanya hati-hati penderma untuk menderma serta menaja makanan-makan yang dikelolai oleh pihak pengurusan masjid dan surau. Dengan sumber kewangan yang dikurniakan ini, sudah pastinya banyak membantu pihak pengurusan Masjid untuk menyediakan juadah berbuka puasa, Iftar dan moreh.

Maka adalah sangat baik sekiranya pihak-pihak pengurusan dan petugas-petugas Masjid meningkatkan usaha mereka dalam membantu para tetamu Allah ini mengikut keperluan mereka. Jika sekiranya sebelum ini banyak masjid-masjid yang kosong dan lengang tanpa pengunjung yang ramai, kini sempena keberkahan bulan Ramadhan ini telah mula meriah kerana dibanjiri oleh ramai umat Islam. Maka adalah baik sekiranya masjid-masjid ini sentiasa terbuka sepanjang masa siang dan malam untuk sesiapa sahaja agar fungsi masjid ini dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin.

Sejujurnya adalah dirasai bahawa peranan masjid-masjid masih tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin sekiranya perkara-perkara ini tidak dapat diambil berat. Amat malang juga setelah mendapati bahawa masjid-masjid besar seperti masjid negeri serta kebanyakan masjid-masjid besar lain yang hanya membuka pintunya untuk membenarkan jemaah beriktikaf bermula 16 Ramadhan atau malam-malam tertentu bulan Ramadhan sahaja.

Tinjauan telah mendapati bahawa pada malam ketiga Ramadhan (1436H) sewaktu para pengunjung yang hadir untuk beriktikaf di Masjid Besar Shah Alam telah diarahkan pulang atas alasan gagal mendaftar dengan pejabat pengurusan terlebih dahulu. Sekiranya para musafir dari luar yang sampai lewat malam dan ingin beriktikaf sebelum 16 Ramadhan dikehendaki untuk mendaftar di pejabat pengurusan, sudah pasti mereka tidak akan dapat berbuat demikian kerana tamat waktu pejabat. Alasan pembatasan ini adalah kerana faktor keselamatan yang pastinya boleh diatasi melalui cara lain.

Diharapkan agar ini adalah cadangan membina untuk orang-orang yang telah dikurniakan tanggungjawab oleh Allah swt menjaga serta menguruskan rumah-Nya. Wallahua’lam bissawab.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Ramadhan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Tajas Media - June 21, 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: