Tempat-Tempat Menarik

Awas! Jangan Tinggalkan Rambut Gugur Anda

Jika anda ingin meninggalkan hotel atau homestay, sila pastikan tiada rambut yang gugur berselerakan di atas lantai, tandas atau katil. Ini adalah kerana, menurut sesetengah pendapat ulamak bahawa ianya masih haram dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim sementara pendapat lain, ianya tidak haram.

Begitu juga dengan rambut wanita yang telah digunting di kedai-kedai gunting, sila pastikan tiada petugas lelaki di sana. Sesetengah ustaz pembimbing haji dan umrah juga ada mencadangkan agar jemaah yang ingin menggunting/bertahallul agar melakukannya di bilik hotel atau membungkus rambut yang digunting sebelum memasukkannya ke dalam tong yang disediakan. Namun begitu, semuanya bergantung kepada keyakinan masing-masing.

Para ulamak berbeza pandangan tentang bahagian aurat yang telah terpisah dari badan. Adakah haram atau tidak dilihat dan disentuh seperti rambut wanita ajnabi yang terpisah darinya atau kulitnya atau dagingnya yang terpisah darinya?:

  • Menurut mazhab Hanafi dan Syafi’ie, adalah haram apabila ianya dilihat atau disentuh sama seperti ketika ia masih berada pada badannya. Walaupun ia telah terpisah dari badan, kedudukannya sebagai aurat tetap kekal. Oleh itu, haram melihat dan menyentuhnya. Wajiblah ia ditutup supaya tidak dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Sekiranya seorang wanita memakai rambut wanita lain di kepalanya (yakni menyambung rambut atau memakai rambut palsu), haram rambut itu dilihat oleh suaminya kerana rambut itu adalah aurat wanita lain.
  • Sebahagian ulamak berpandangan sebaliknya, iaitu apa yang terpisah dari badan tidak lagi dianggap aurat. Oleh demikian, tidak haram melihatnya kerana kehormatannya telah hilang dengan terpisahnya dari badan. Antara yang berpandangan sebegini ialah ulamak-ulamak mazhab Maliki dan Hambali.

Walllahu a’lam.

Rujukan: Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 102.

Sumber: Blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzi

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: