Amalan

Tip Mudah Untuk Gandakan Pahala Puasa

Setiap amalan atau pekerjaan yang manusia lakukan ada mengandungi rahsia-rahsia tersendiri tentang bagaimana untuk mencapai atau meraih hasil yang terbaik menurut kebijaksanaan serta usaha yang dilakukan oleh individu-individu terbabit.

Sebagai contoh, seseorang ahli perniagaan dilihat mampu untuk memperoleh  keuntungan yang banyak dalam perniagaan walaupun dengan usaha yang sedikit. Di samping rezki yang sudah ditentukan untuk mereka, sudah pasti Allah swt telah memberikannya ilmu bagi menyingkap rahsia membuka pintu rezki tersebut.

Begitu juga dengan ibadah puasa, ganjaran yang boleh ddiperolehi adalah sangat besar sehingga tidak dapat digambarkan dengan oleh akal fikiran manusia.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : “Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah Azza wa Jalla berfirman: “Selain puasa kerana puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya keranaKu, Dan bagi orang yang puasa ada dua macam kegembiraan: pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1118)

Oleh yang demikian, pernahkah anda terfikir bahawa seandainya ganjaran sebesar ini dapat diraih bukan hanya dalam satu ganjaran, malah ianya dapat diperolehi dengan berlipatkali ganda banyaknya. Adakah perkara ini mustahil untuk dilakukan?

Jika amalan yang dilakukan tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, ianya hanya sekadar apa yang dilakukan sendirian dan tidak lebih dari itu. Namun begitu, Allah swt adalah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-hamba-Nya yang berusaha memperbaiki amalan. Di samping amalan yang di lakukan sendirian, peluang juga ada disediakan untuk melipatgandakan amalan sebagai bonus tambahan buat kita semua.

Rahsianya adalah terdapat pada sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis berikut:

Zaid bin Khalid Al-Jahanni di mana ia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang memberi buka orang yang berpuasa maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tanpa kurang sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” Abu ‘Isa berkata: “Hadis ini adalah hadis hasan sahih.”(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0804)

Bertitik tolak dari panduan yang diberikan melalui hadis diatas, marilah sama-sama kita susun pelan tindakan bagi melaksanakan apa yang telah disediakan untuk kita agar dapat meraih manfaatnya dengan semaksima mungkin menurut kemampuan kita.

Cuba bayangkan sekiranya kita dapat memberi makan berbuka puasa kepada seratus orang. Kita seolah-olah telah berpuasa sebanyak seratus kali pada hari tersebut. Ini adalah kerana pahala setiap orang yang makan berbuka puasa dengan makanan yang kita berikan akan juga diperolehi oleh kita. Jika seratus orang yang makan, maka pahala puasa yang seratus orang tersebut akan juga dimasukkan ke dalam buku catatan amalan kita. Masya Allah.

Pilihlah mana satu antara perkara-perkara berikut untuk dilakukan mengikut kemampuan serta keikhlasan anda:-

  • Pakej Premium: Sediakan belanjawan untuk menyertai mana-mana program penajaan berbuka puasa yang dianjurkan di masjid-masjid, pusat Tahfiz, rumah anak-anak yatim atau institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Kebiasaannya, tawaran untuk meneyertai program penajaan seperti ini akan dibuka bermula seawal bulan Rejab dan Sya’ban pada setiap tahun.
  • Pakej Sederhana: Buat program untuk jamuan berbuka puasa di rumah, atau tempat anda bekerja.
  • Pakej Biasa: Masak, beli kuih muih atau beli buah-buahan (Buah kurma, pisang, epal dsb.) dan hantar ke mana-mana masjid yang terdapat ramai peserta-peserta iftar Ramadhan di sana. Kebiasaannya, masjid-masjid yang berhampiran dengan Institusi-institusi pengajian tinggi akan sentiasa dibanjiri oleh pelajar-pelajar yang menyertai iftar beramai-ramai.
  • Pakej Bajet: Sumbangkan derma anda ke dalam tabung-tabung masjid yang terdapat label seperti “Tabung Imarah/Iftar Ramadhan” dan sebagainya.
  • Pakej Percuma: Jadi sukarelawan di mana-mana masjid yang menyedikan makanan untuk Iftar Ramadhan atau memasak bubur lambuk.
  • Pakej Bidan Terjun: Ambil kesempatan untuk menuang minuman atau menghulurkan makanan dan minuman kepada peserta-peserta Iftar Ramadhan di masjid-masjid yang anda juga menyertai ber’iftar’ bersama.
  • Pakej Masa Kecederaan: Anda ambil inisiatif untuk menghulurkan apa sahaja yang boleh anda capai seperti cawan minuman, pinggan makanan, kuih muih atau kurma kepada rakan sebelah anda ketika mahu mulakan berbuka puasa.

Banyak lagi idea-idea serta kaedah yang boleh anda lakukan bagi memanfaatkan kesempatan serta peluang yang sedia terhidang di hadapan anda. Libatkan diri anda dalam urusan memberi makan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa. In Shaa Allah. Jangan putus asa seandainya anda tidak dapat melakukan yang terbaik kerana Allah swt akan menilai amalan seseorang mengikut keikhlasan masing-masing.

Sila sebarkan perkara ini sekiranya anda merasakan ianya bermanfaat walaupun sedikit. Semoga kita sama-sama dapat melakukan yang terbaik sempena Ramadhan kali ini dan selamat beramal. Semoga segala amalan-amalan kita lakukan akan diterima di sisi Allah swt. Aamiin.

 

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: