Amalan

Tip Mudah Untuk Berpuasa Sepanjang Masa

Orang yang pertama di dalam dunia ini berpuasa adalah Nabi Adam a.s. sementara individu yang paling afdhal puasanya sebagaimana yang telah disabdakan oleh Baginda  Rasulullah ﷺ adalah nabi Daud a.s. sepertimana yang telah diriwayatkan dalam hadis berikut:-

Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu ‘Ash, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur seperdua malam berdiri (solat) sepertiganya, dan tidur seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari. ” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0589)

Nabi Daud telah diriwayatkan berpuasa selang sehari iaitu berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Bermakna, Nabi Daud as telah berpuasa sebanyak 180 hari dalam setahun.

Namun begitu kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ juga telah diberikan keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya. Keistimewaan ini adalah berkaitan dengan hadis di bawah.

Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1134)

Ini adalah berkenaan amalan puasa sunat yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’ dalam masyarakat kita atau Puasa Sunat Enam Syawal. Puasa Enam ini boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal kecuali hari pertama Aidil Fitri.

Bagaimana untuk melaksanakan Puasa Enam?

Puasa Sunat Enam Syawal ini boleh dilakukan bermula dari 2 Syawal sehingga hari terakhir dalam bulan Syawal. Hari pertama Syawal adalah termasuk dalam waktu-waktu yang diharamkan berpuasa.

Seseorang yang ingin melakukan puasa sunat Syawal, hendaklah melakukannya dalam bulan Syawal dan adalah paling afdhal jika dilakukannya secara berturut-turut. Tetapi ianya juga boleh dilakukan secara berselang seli sepanjang bulan Syawal.

Pandangan di kalangan para ulama’ yang lebih disepakati adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini adalah kerana Rasulullah ﷺ menganjurkan puasa sunat enam hari ini secara umum, tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal selain dari 1 Syawal dan bukan selepas berakhir bulan Syawal.

Syarat-syarat puasa sunat Syawal ini adalah sama seperti puasa dalam bulan Ramadhan.

Seharusnya kita mengambil peluang yang tersedia ini dengan berpuasa 6 seawal mungkin tanpa melengah-lengahkan sehingga ke akhir bulan Syawal. Ini adalah kerana berdasarkan pengalaman, diwaktu-waktu akhir Syawal kita akan sentiasa disibukkan dengan jamuan rumah terbuka, jemputan kenduri kendara, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.

Maka demi untuk mendapatkan ganjaran seperti berpuasa sepanjang hayat ini, pastikan kita dapat melakukan ibadah Puasa Enam ini tanpa tertinggal pada setiap tahun sehinggalah ke akhir hayat kita. In Shaa Allah.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: