Lain-lain Petua

Petua Untuk Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Pernahkan anda mengalami dilema bagaimana cara untuk menghilangkan bau busuk buah durian dari dalam kereta anda? Masalah utama berkenaan durian adalah baunya yang sangat kuat dan sukar untuk dihilangkan. Ada terdapat sesetengah tempat yang sengaja menampal papan tanda melarang buah durian daripada dibawa masuk seperti hotel, kenderaan awam dan sesetengah bangunan pejabat.

Kadang kala kita sendiri akan merasa teragak-agak untuk membenarkan buah durian dari di bawa masuk kedalam kereta kita kerana masalah untuk menghilangkan baunya. Bau dari buah durian boleh meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa hari dan akan menghilangkan bau pewangi kereta asal yang telah diletakkan di dalam kereta sebelum ini. Bau ini akan menjadi bertambah teruk setelah beberapa hari.

Anda tidak perlu risau lagi kerana jawapan kepada masalah ini ada juga terdapat pada durian itu sendiri. Subhanallah. Allah swt telah menciptakan buah durian ini dengan baunya yang kuat dan pada buah durian itu sendiri ada kunci-kunci untuk menangani masalah yang berpunca daripadanya. Anda tidak perlu berbelanja lebih bagi menangani masalah bau dari buah durian ini.

Lakukan petua ini sekiranya anda membawa masuk buah durian di dalam kereta anda tanpa was-was;)

  • Potong tangkal durian dari salah satu buah yang anda beli,
  • Kemudian, hiris sedikit tangkal durian tersebut pada salah satu hujungnya,
  • Letakkan/ klipkan tangkal durian yang dipotong tersebut pada ‘Aircond Blower’ kereta anda dan buka penghawa dingin kereta sepertibiasa,
  • Biarkan tangkal durian tersebut selama semalaman.

Sebaik sahaja Kini anda tidak akan mencium bau durian yang tidak menyenangkan di dalam kereta anda. Biarkan tangkal durian tersebut sehingga anda berasa puas hati.

Selamat menikmati durian kesukaan anda😉

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: Petua-Petua Berkenaan Buah Durian | Tajas Media - July 22, 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: