Buah Fikiran, Kaum-kaum Yang Ingkar, Manusia dan Peristiwa

Siapakah Kita Sekiranya Berada di Zaman Rasulullah s.a.w

Melalui pengajian atau pembacaan kitab-kitab sejarah Islam, anda pasti akan dapati ada terdapat beberapa watak dan golongan manusia yang ujud dan dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu baginda melalui berbagai fasa perjuangan dalam menyampaikan risalah Allah s.w.t. Golongan-golongan ini boleh kita kategorikan melalui cara penerimaan mereka terhadap dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang membantu menyebarkan risalah yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Antara watak-watak yang boleh di kumpulkan mengikut kategori-kategorikan adalah seperti berikut:-

  • Golongan 1: Islamnya Keluarga dan Sahabat Karib dan Setia
  • Golongan 2: Islam secara total walaupun tidak bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w
  • Golongan 3: Islam melalui bukti dan dalil yang jelas
  • Golongan 4: Islam setelah melalui ujian
  • Golongan 5: Islam setelah diperangi
  • Golongan 6: Islam Mengikut Trend
  • Golongan 7: Islam kerana terpaksa
  • Golongan 8: Berpura-pura Islam dan berpakat dengan Kafir
  • Golongan 9: Kafir tetapi Berkecuali
  • Golongan 10: Kafir dan Menentang Islam

Golongan 1: Keluarga dan Sahabat Karib dan Setia

Mereka adalah golongan awal yang memeluk Agama Islam yang terdiri dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat seperti Syaidatina Khadijah, Syaidina Ali k.w. Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan para sahabat dan keluarga yang paling awal memeluk Islam.

Golongan 2: Islam secara total walaupun tidak bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w

Golongan-golongan ini mudah untuk menerima risalah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w walaupun tidak bertemu secara terus. Mereka adalah terdiri daripada kabilah-kabilah atau kaum yang berada jauh daripada kota mekah atau Madinah yang menerima Islam melalui utusan-utusan Nabi Muhammad s.a.w atau wakil-wakil kaum seperti kaum Al-Ansar di Madinah, Raja Najasyi dan sebagainya.

Golongan 3: Islam setelah melihat bukti dan dalil yang jelas

Mereka adalah terdiri daripada kalangan sahabat-sahabat yang awal memeluk agama Islam setelah menerima taufik dan hidayah atas asbab seperti mendengar bacaan Al-Quran seperti Syaidina Umar Al-Khattab atau Salman Al-farisi dan sebagainya.

Golongan 4: Islam  setelah melalui ujian

Mereka adalah golongan yang mendapat hidayah setelah di berikan ujian oleh Allah s.w.t. bagi membuktikan kekuasaan-Nya.

Golongan 5: Memeluk Islam setelah diperangi

Kedatangan golongan-golongan yang memeluk Islam setelah diperangi banyak berlaku setelah terbentuknya negara Islam di Madinah dan jumlah mereka semakin ramai selari dengan terbinanya sebuah negara Islam yang kuat di sana. Pengislaman secara ini terus berkembang dan menular keluar Semenanjung Arab sewaktu pemerintahan Khulafak Al-Rasyidin.

Golongan 6: Islam Mengikut Trend

Keislaman secara ini pada zam Rasulullah s.a.w ada terjadi setelah kerajaan Islam menjadi semakin kuat serta berkuasa terutamanya setelah berlaku pembukaan Kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.

Golongan 7: Islam Kerana Terpaksa

Golongan ini sukar dikenalpasti kerana keimanan mereka terdapat di hati yang hanya diketahui oleh Allah s.a.w. Namun di dalam sejarah ada beberapa individu yang memeluk Islam untuk mengelakkan dari dibunuh atau tidak mendapat harta ghanimah.

Golongan 8: Berpura-pura Islam dan berpakat dengan Kafir

Mereka adalah terdiri dari golongan munafik yang telah ujud semenjak awal penyebaran dakwah oleh Baginda Rasulullah s.a.w lagi. Golongan ini menjadi semakin menyerlah sewaktu berlaku peperangan Ahzab dan mencapai kemuncak setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara tokoh pemimpin orang-orang munafik di zaman Rasulullah s.a.w ialah Abdullah bin Ubay bin Salul yang banyak melakukan pengkhianatan dan melakukan kerosakan bertujuan untuk menghancurkan Islam.

Golongan 9: Kafir Tetapi Berkecuali

Mereka adalah golongan yang tidak mahu menerima Islam tetapi mengambil pendirian untuk tidak menentang Islam. Antara golongan-golongan ini adalah kaum Yahudi seperti Bani Nadir, Khazraj dan kaum Arab lain yang berdekatan. Bani Nadir dan Khazraj kemudiannya berpaling menentang Islam sewaktu berlaku peperangan Khandak. Mereka kemudiannya diperangi dan di halau keluar dari Kota Madinah.

Golongan 10: Kafir dan Menentang Islam

Mereka adalah golongan Kafir Quraish Mekah yang terang-terangan menentang Islam semenjak awal penyampaian risalah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Golongan-golongan lain adalah kaum Yahudi yang berada di dalam dan luar Kota Madinah, Empayar Rom, Empayar Parsi serta kerajaan-kerajaan dan raja-raja yang berada di sekitar Semenanjung Arab.

Antara tokoh-tokoh yang terkenal yang sangat kuat menentang Islam ialah Abu Jahal, Abu Lahab, Muawiyah Al-Kazzab, Walid bin Mughirah dan ramai lagi.

Kayu ukur kedudukan kita berbanding manusia-manusia di zaman Rasulullah s.a.w.

Golongan-golongan yang menerima Islam adalah terbentuk melalui hidayah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t serta sifat-sifat yang ada terdapat didalam individu-individu berkenaan. Manakala golongan-golongan yang tidak menerima Islam samada menentang secara terang-terangan atau terpaksa menyembunyikan penentangan mereka adalah dari yang jauh dari rahmat Allah s.w.t dan mereka juga terbentuk melalui sifat-sifat serta perwatakan yang ada pada diri mereka.

Perwatakan-perwatakan manusia seperti di atas masih tetap terdapat pada mana-mana zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. termasuk di zaman ini. Persoalannya sekarang, di manakah kedudukan kita sekarang sekiranya berada di zaman Rasulullah s.a.w.

Mungkin tidak keterlaluan jika diukur melalui pendirian serta tindakan yang sedang kita lakukan sekarang, kita akan dapat membuat perbandingan dan anggaran di pihak manakah kita sepatutnya berada semasa Nabi Muhammad s.a.w. berjuang menyebarkan Agama Islam. Seandainya apa yang kita lakukan sekarang  adalah mendokong perjuagan Ulamak maka diharap agar kita termasuk di dalam golongan yang pertama.

Di manakah kedudukan kita sekiranya hanya atau menjadi pemerhati sahaja ataupun secara terang-terangan menentang para ulamak? Tanya diri sendiri golongan manakah yang ingin kita tergolong?

Tepuk dada tanyalah Iman.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: