Amalan

Al-Quran Mukjizat Terunggul

Tidak sepertimana Rasul-Rasul lain sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah dianugerahkan dengan mukjizat yang paling unggul dan berharga. Mukjizat yang istimewa ini adalah merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. yang sehingga kini dapat diwarisi serta dimanfaatkan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatannya. Sebagaimana yang telah semua sedia maklum, mukjizat tersebut adalah Al-Qurannul Karim yang Allah s.w.t telah berjanji untuk memeliharanya sehingga hari kiamat.

Justeru itu sebagai umat Rasulullah. s.a.w. yang bertuah ini, kita mesti memastikan agar khazanah berharga ini dapat terus dimanfaatkan oleh anak-anak serta zuriat keturunan kita. Pastikan agar anak-anak kita dapat mempelajari serta mengambil intipati pengajaran serta hikmah yang terkandung di dalam Al-Quran.

Lazimkanlah agar seluruh keluarga kita dapat membudayakan pembacaan Al-Quran samada di rumah atau di mana-mana. Pastikan bahawa kita memuat turun bacaan-bacaan surah Al-Quran ke dalam pendrive atau CD agar bacaan-bacaan Al-Quran boleh dialunkan di dalam kenderaan kita. Sementara di rumah, kita tetapkan waktu yang tertentu untuk membaca Al-Quran bersama anak-anak sekurang-kurangnya untuk beberapa minit.

Anak-anak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pembelajaran Al-Quran bagi mempersiapkan diri mereka agar tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang buta huruf Al-Quran. Pendedahan awal terhadap pendidikkan Al-Quran akan memberi peluang kepada anak-anak kita untuk menguasainya keperingkat yang lebih tinggi seperti membolehkan mereka menghafaz Al-Quran dan seterusnya menjadi golongan yang cendikiawan Al-Quran di samping mahir dalam bidang-bidang professional lain.

Sudah sampai masanya untuk kita mewujudkan ahli-ahli serta pakar professional yang mahir tentang ilmu Al-Quran. Para cerdik pandai dan professional seperti doktor, Arkitek, Jurutera, Pemimpin, Professor, Ahli perniagaan, Pakar Ekonomi, Pakar IT dan lain-lain professional yang semuanya mahir di dalam ilmu Al-Quran serta terdidik dengan akhlak Al-Quran perlu dihasilkan oleh masyarakat kita di masa akan datang.

Dengan adanya generasi pelapis seperti di atas, mudah-mudahan kegemilangan tamadun Islam akan muncul semula sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Sebagai menyahut cabaran ini pusat-pusat pendidikkan awal kanak-kanak seperti Al-Baghdadi Learning Centre telah muncul dikalangan masyarakat bagi membantu dalam pembelajaran Al-Quran kepada kanak-kanak secara sistematik dan berkesan.

Marilah sama-sama kita berusaha kearah mewujudkan generasi masyarakat yang cemerlang melalui pendidikkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: