ILMU dan Amal

Mudahnya belajar Al Quran

Kaedah pembelajaran Al Quran telah mengalami beberapa fasa perubahan seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan moden dan terkini.

Jika dahulu para pelajar telah didedahkan dengan sistem pendidikkan kontemporari yang menggunakan buku yang lebih dikenali sebagai ‘Muqaddam’ dan disusuli dengan kaedah ‘Iqrak’, kini masyarakat boleh mempelajari Al Quran dengan kaedah ketuk-ketuk yang dikenali sebagai Teknik Al Baghdadi.

Teknik Al Baghdadi baru sahaja diperkenalkan sekitar tahun 2009 dan sehingga kini telah berjaya membantu ramai pelajar menguasai pembacaan Al Quran dengan baik dan bertajwid.

Ciri-ciri unik yang diperkenalkan oleh sistem Al Baghdadi adalah seperti berikut:-

  • Kaedah ketuk-ketuk yang inovatif
  • Belajar secara beramai-ramai
  • Pelajar tidak perlu membuang masa untuk menunggu giliran
  • Kaedah pembelajaran yang padat dengan aktiviti pengulangan, latihan dan penerangan
  • Kaedah pembelajaran yang unik dan tersendiri yang tidak membosankan
  • Pelajar tidak perlu menghafal hanya cukup dengan membuat latihan pengulangan

Teknik Al Baghdadi yang telah diasaskan oleh Qr Jalaluddin Al Baghdadi seorang anak kelahiran negeri Pahang dan telah berjaya memasukki Singapura, Brunai, New Zealand dan terkini telah berada di Indonesia.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kaedah pembelajaran asas Al Quran Teknik Al Baghdadi ini, sila kunjungi laman web www.myngaji.com

Advertisements

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: