Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Al-Kalam has written 255 posts for Tajas Media

Mudahnya belajar Al Quran

Kaedah pembelajaran Al Quran telah mengalami beberapa fasa perubahan seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan moden dan terkini. Continue reading

10 Sikap yang Dicela Allah swt

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah SWT kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia itu sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Continue reading

Al-Quran Mukjizat Terunggul

Tidak sepertimana Rasul-Rasul lain sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah dianugerahkan dengan mukjizat yang paling unggul dan berharga. Mukjizat yang istimewa ini adalah merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. yang sehingga kini dapat diwarisi serta dimanfaatkan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatannya. Sebagaimana yang telah semua sedia maklum, mukjizat tersebut adalah Al-Qurannul Karim yang Allah s.w.t telah berjanji untuk memeliharanya sehingga hari kiamat. Continue reading

Belajar Al-Quran Sepanjang Hayat

Pembelajaran Al-Quran adalah suatu bidang ilmu yang sangat luas dan tidak mungkin boleh diselesaikan sehingga ke akhir hayat manusia. Ini adalah kerana Al-Quran adalah merupakan mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w yang sentiasa terpelihara. Ilmu dan Rahsia yang terdapat di dalam Al-Quran adalah amat luas dan sehingga kini terdapat banyak lagi rahsia-rahsia yang masih belum diterokai dan tidak dapat difahami sepenuhnya oleh para saintis, ilmuwan dan para pengkaji. Continue reading

Fakta-Fakta Menakjubkan berkenaan Lebah Madu

Di sini kami akan kongsikan fakta-fakta menakjubkan mengenai lebah Madu. Lebah Madu bukan hanya sejenis serangga yang hanya sibuk dengan sarang serta sumber madu untuk kita. Lebah Madu mempunyai keunikan serta kebolehan yang menakjubkan dan ianya mempunyai kebolehan seperti manusia di dalam beberapa sudut. Bagaimana ianya boleh berlaku? Mari kita singkap rahsia Lebah Madu di sini. Continue reading

Lebah Madu telah mula ujud di Alam ini semenjak Jutaan Tahun lampau

Lebah Madu 02Banyak jenis dan spesies bunga telah berkembang biak kerana usaha pendebungaan lebah semenjak jutaan tahun yang lampau.

Lebah Madu adalah mesra kepada alam sekitar dan mustahak untuk proses pendebungaan

Lebah Madu 03Madu lebah nama saintifiknya ialah Apis mellifera , yang bermaksud “lebah pembawa madu.” Ianya adalah agen pendebunga yang sangat baik. Ingin tahu mengapa?

Walaupun banyak tumbuhan bergantung kepada angin untuk proses pendebungaan bunga, atau sesetengahnya melakukan pendebungaan sendiri, majoriti tumbuh-tumbuhan masih memerlukan lebah ini untuk membantu pendebungaan. Continue reading

Siapakah Kita Sekiranya Berada di Zaman Rasulullah s.a.w

Melalui pengajian atau pembacaan kitab-kitab sejarah Islam, anda pasti akan dapati ada terdapat beberapa watak dan golongan manusia yang ujud dan dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu baginda melalui berbagai fasa perjuangan dalam menyampaikan risalah Allah s.w.t. Golongan-golongan ini boleh kita kategorikan melalui cara penerimaan mereka terhadap dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang membantu menyebarkan risalah yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Continue reading

Petua-Petua Berkenaan Buah Durian

Buah Durian telah mendapat jolokan sebagai Raja Buah dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasa, aroma serta bentuk fizikalnya yang sangat istimewa. Ada terdapat berbagai jenis spesis durian yang terdapat di pasaran yang membezakan membezakan rasa, bentuk buah dan isi, warna kulit dan isi,  ketebalan dan juga daerah di mana pokoknya ditanam. Antara nama-nama yang terkenal ialah seperti; Durian Kampung, Raja Kunyit, Udang Kuning, Kucing Tidur, Durian Klon (D24, D101, D102 dan sebagainya) Continue reading

Petua Untuk Mengelakkan Mabuk Setelah Makan Buah Durian

Buah durian kadang kala boleh memberi kesan terhadap pemakannya bergantung kepada tahap penerimaan individu, jumlah serta jenis buah durian yang dimakan. Sesetengah orang akan cepat berasa mabuk atau pening kepala setelah memakan beberapa ulas atau bijik buah durian. Continue reading