Koleksi Petua

This category contains 4 posts

Petua-Petua Berkenaan Buah Durian

Buah Durian telah mendapat jolokan sebagai Raja Buah dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasa, aroma serta bentuk fizikalnya yang sangat istimewa. Ada terdapat berbagai jenis spesis durian yang terdapat di pasaran yang membezakan membezakan rasa, bentuk buah dan isi, warna kulit dan isi,  ketebalan dan juga daerah di mana pokoknya ditanam. Antara nama-nama yang terkenal ialah seperti; Durian Kampung, Raja Kunyit, Udang Kuning, Kucing Tidur, Durian Klon (D24, D101, D102 dan sebagainya) Continue reading

Petua Untuk Mengelakkan Mabuk Setelah Makan Buah Durian

Buah durian kadang kala boleh memberi kesan terhadap pemakannya bergantung kepada tahap penerimaan individu, jumlah serta jenis buah durian yang dimakan. Sesetengah orang akan cepat berasa mabuk atau pening kepala setelah memakan beberapa ulas atau bijik buah durian. Continue reading

Petua Untuk Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Pernahkan anda mengalami dilema bagaimana cara untuk menghilangkan bau busuk buah durian dari dalam kereta anda? Masalah utama berkenaan durian adalah baunya yang sangat kuat dan sukar untuk dihilangkan. Ada terdapat sesetengah tempat yang sengaja menampal papan tanda melarang buah durian daripada dibawa masuk seperti hotel, kenderaan awam dan sesetengah bangunan pejabat. Continue reading

Petua Untuk Menghilangkan Bau Durian Pada Tangan

Kebanyakan orang akan berasa tidak senang sehingga tahap menyesal setelah memakan buah durian kerana baunya yang sukar dihilangkan terutamanya pada tangan dan mulut. Kerana baunya yang kuat dan boleh berubah menjadi semakin tengik setelah beberapa lama. Oleh sebab itu, sesetengah orang akan cuba mengelakkan dari memakan buah durian semata-mata kerana tidak suka kepada kesan bau durian yang telah ditinggalkan. Continue reading

Tidur Berlebihan Boleh Meningkatkan Risiko Strok

DI Malaysia, penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2000 hingga 2005, dianggarkan 20 hingga 25 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit yang disebabkan gaya hidup ini. Continue reading

Petua Mencerahkan Mata

Mata adalah salah satu anugerah Allah s.w.t. yang sangat unik serta tidak ternilai harganya. Kita dapat menikmati keindahan alam semesta serta menjalani kehidupan ini dengan sempurna adalah hasil anugerah mata yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada kita. Alhamdulillah.

Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang terpaksa memakai cermin mata walaupun seawal usia semenjak zaman persekolahan lagi, anda mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk memulihkan semula masalah rabun anda dan lupakan sepenuhnya penggunaan cermin mata atau kanta lekap. Continue reading

Petua untuk selesaikan Masalah Tumit Kaki Merekah

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kebiasaannya rekahan boleh berlaku di bahagian tumit namun ada juga mereka-mereka yang mengalami rekahan di sekeliling kaki. Continue reading

Petua Untuk Menghalau Lipas dari Almari

Almari dapur atau pakaian adalah habitat yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk berlindung dan membiak seranga seperti lipas. Almari yang dihuni oleh lipas pada kebiasaannya akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan telur dan najis lipas. Jika tidak dikawal, bau ini juga boleh melekat pada pakaian dan perabot. Sekiranya anda menemukan beberapa kesan tahi lipas atau telur lipas di dalam almari anda, ini bermakna anda perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkannya membiak di dalam almari anda. Continue reading

Petua Tanggalkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik

Bekas-bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan makanan berminyak seperti sup, gulai dan sebagainya sering menghadapi masalah untuk membersihkannya daripada minyak yang melekat di permukaannya. Kadangkala, sabun pencuci biasa tidak dapat membantu untuk menanggalkan kesemua minyak yang melekat. Continue reading

Petua Mencuci dan Mewangikan Paip Sinki dan Lantai

Sinki di dalam rumah anda samada di bilik air atau dapur seringkali digunakan untuk mencuci bahan-bahan yang boleh membentuk gel atau gumpalan kotoran yang boleh melekat pada dinding saluran paip dan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Bahan-bahan yang sering digunakan seperti ubat gigi, minyak masakan baki makanan yang melekat pada tangan dan sudu boleh membentuk daki dan seterusnya berkumpul membentuk gumpalan kotoran yang boleh menyumbatkan saluran paip yang terdapat di bahagian bawah sinki. Continue reading