Penjagaan Rumah

This category contains 14 posts

Petua Untuk Menghalau Lipas dari Almari

Almari dapur atau pakaian adalah habitat yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk berlindung dan membiak seranga seperti lipas. Almari yang dihuni oleh lipas pada kebiasaannya akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan telur dan najis lipas. Jika tidak dikawal, bau ini juga boleh melekat pada pakaian dan perabot. Sekiranya anda menemukan beberapa kesan tahi lipas atau telur lipas di dalam almari anda, ini bermakna anda perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkannya membiak di dalam almari anda. Continue reading

Advertisements

Petua Tanggalkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik

Bekas-bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan makanan berminyak seperti sup, gulai dan sebagainya sering menghadapi masalah untuk membersihkannya daripada minyak yang melekat di permukaannya. Kadangkala, sabun pencuci biasa tidak dapat membantu untuk menanggalkan kesemua minyak yang melekat. Continue reading

Petua Mencuci dan Mewangikan Paip Sinki dan Lantai

Sinki di dalam rumah anda samada di bilik air atau dapur seringkali digunakan untuk mencuci bahan-bahan yang boleh membentuk gel atau gumpalan kotoran yang boleh melekat pada dinding saluran paip dan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Bahan-bahan yang sering digunakan seperti ubat gigi, minyak masakan baki makanan yang melekat pada tangan dan sudu boleh membentuk daki dan seterusnya berkumpul membentuk gumpalan kotoran yang boleh menyumbatkan saluran paip yang terdapat di bahagian bawah sinki. Continue reading

Petua Membersihkan Meja atau Kaunter Dapur

Meja atau Kaunter Dapur anda setelah sekian lama digunakan untuk kerja-kerja dapur seperti mencuci, memotong bawang, sayuran dan sebagainya akan membuatkannya melekit, kotor dan berbau. Kadangkala, sabun pencuci biasa tidak berjaya menghilangkan kesan daki dan bauan yang kurang menyenangkan. Continue reading

Petua Hindari Meja Daripada Dipanjat Semut

Semut adalah serangga yang boleh sentiasa mencari makanan dan merayap ke semua persekitaran yang mempunyai makanan terutamanya gula dan manisan. Sarang-sarang semut pada kebiasaannya dibina di bawah tanah atau celah-celah pokok atau perabot. Continue reading

Petua Mencuci Sinki dan Tombol Paip Yang Kotor

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar ‘garam’
  • 1 sudu kecil ‘cuka’.

Cara-cara: Sental sinki atau tombol paip menggunakan campuran kedua-dua bahan diatas sehingga bersih berkilat.

Petua Untuk Menjadikan Lantai Sentiasa Berkilat

Lantai kayu atau jubin boleh kehilangan seri atau kilatnya setelah sekian lama digunakan. Faktor-faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah di antaranya disebabkan penggunaan sabun pencuci atau kesan pendedahan terhadap cuaca atau persekitaran.

Continue reading

Petua Untuk Mengilatkan Cermin

Permukaan cermin muka, tingkap, pintu atau dinding rumah atau pejabat akan sentiasa terdedah kepada kotoran persekitaran seperti habuk, asap atau sebagainya. Kesan kotoran ini kadangkala sukar untuk dibersihkan kerana melekat terlalu lama. Continue reading

Petua Menghilangkan Bau Cat

Sekiranya anda baru mengecat dinding atau perabot, cat-cat yang digunakan akan memberi kesan bau kepada ruang rumah anda. Bau ini juga bergantung kepada jenis cat yang anda beli, sesetengah cat ada mengeluarkan bau yang harum, namun kebanyakan cat yang terdapat di pasaran boleh mengeluarkan yang kurang menyenangkan. Ada kalanya bau-bau cat ini dikhuatiri boleh menganggu keselesaan keluarga anda atau tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Continue reading

Petua Mengembalikan Seri Lantai Marmar

Lantai Marmar setelah lama digunakan akan meninggalkan kesan pudar, tompokan hitam atau kehilangan seri akibat dari terdedah kepada berbagai anasir seperti bahan kimia, cahaya matahari, kotoran, karat dan sebagainya.

Namun begitu, lantai marmar tersebut boleh dikembalikan semula serinya dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa diperolehi dalam rumah anda dan tidak memerlukan kos yang mahal. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut berikut:- Continue reading