Di sini kami akan kongsikan fakta-fakta menakjubkan mengenai lebah Madu. Lebah Madu bukan hanya sejenis serangga yang hanya sibuk dengan sarang serta sumber madu untuk kita. Lebah Madu mempunyai keunikan serta kebolehan yang menakjubkan dan ianya mempunyai kebolehan seperti manusia di dalam beberapa sudut. Bagaimana ianya boleh berlaku? Mari kita singkap rahsia Lebah Madu di sini. Continue reading
Banyak jenis dan spesies bunga telah berkembang biak kerana usaha pendebungaan lebah semenjak jutaan tahun yang lampau.
Madu lebah nama saintifiknya ialah Apis mellifera , yang bermaksud “lebah pembawa madu.” Ianya adalah agen pendebunga yang sangat baik. Ingin tahu mengapa?
Walaupun banyak tumbuhan bergantung kepada angin untuk proses pendebungaan bunga, atau sesetengahnya melakukan pendebungaan sendiri, majoriti tumbuh-tumbuhan masih memerlukan lebah ini untuk membantu pendebungaan. Continue reading
Melalui pengajian atau pembacaan kitab-kitab sejarah Islam, anda pasti akan dapati ada terdapat beberapa watak dan golongan manusia yang ujud dan dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu baginda melalui berbagai fasa perjuangan dalam menyampaikan risalah Allah s.w.t. Golongan-golongan ini boleh kita kategorikan melalui cara penerimaan mereka terhadap dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang membantu menyebarkan risalah yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Continue reading
Majlis Iftar Jama’i di Masjid Jamik Bandar Baru (BBU) telah menjadi tradisi sementak lama dahulu dan sehingga kini tradisi ini telah menjadi semakin rancak dengan sambutan yang menggalakkan. Program di masjid BBU ini bermula selepas solat asar yang dimulakan dengan pengagihan bubur lambuk kepada para jemaah dan pengunjung. Continue reading
Sebagaimana yang telah lazim diperkatakan, sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan maka masjid menjadi tumpuan majoriti umat Islam terutamanya untuk mendirikan Solat Tarawikh, Iktikaf, Iftar, Tadarus Al-Quran dan sebagainya. Istimewanya Ramadhan ini adalah sebagaimana yang telah dijanjikan Allah swt sebagaimana yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah saw dalam Hadisnya:- Continue reading
Buah Tin adalah merupakan antara buah yang terawal yang terdapat di muka bumi ini iaitu semenjak awal penciptaan tumbuhan di dunia ini. Buah Tin juga telah dikenali sebagai makanan yang hampir sempurna kerana mengandungi zat serta nutrien yang banyak dan baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Continue reading
Nama buah Tin adalah diambil dari bahasa arab ‘Tin’ dan boleh juga dikenali sebagai ‘Figs’ dalam bahasa inggeris. Pokok Tin telah tumbuh secara meliar di Afrika, Asia Barat dan sekitar Laut Mediteranean semenjak seratus juta tahun dahulu iaitu semenjak era dinasor lagi. Buah Tin adalah merupakan salah satu tumbuhan yang pertama sekali ditanam oleh manusia sebagai aktiviti pertanian. Continue reading
Jawapan kepada persoalan ini samalah seperti peribahasa ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’. Rata-ratanya seluruh masyarakat sudah mengetahui jawapannya iaitu ianya ada terdapat dalam diri setiap individu umat Islam itu sendiri. Continue reading
Kambing adalah sejenis haiwan yang unik dan mempunyai sifat semulajadi yang sangat fleksible dan mudah untuk mengadaptasikan diri sesuai dengan keadaan persekitaran. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan. Continue reading