Luar Negara

This category contains 13 posts

Cocos (Keeling) Island (596 penduduk)

Cocos (Keeling) Island adalah sebuah negara tanah jajahan Australia yang terletak di Lautan Hindi, bahagian barat daya Christmas Island dan lebih kurang di pertengahan perjalanan antara Australia dan Sri Lanka. Continue reading

Advertisements

Vatican City (800 penduduk)

Vatican City adalah sebuah negara bandaraya merdeka yang paling kecil (keluasan tanah 44 hektar/ 110 ekar) dan paling sedikit penduduknya di dunia. Kedudukannya adalah terletak di dalam kawasan bandaraya Rome, Itali. Jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 800 orang sahaja mengikut rekod bertarikh 1hb Mar 2011. Continue reading

Niue (1,400 penduduk)

Niue adalah sebuah negara pulau yang merdeka dan terletak di Lautan Pasifik Selatan. Ianya sering dikenali sebagai “Rock of Polynesia” dan para penduduk pulau ini menggelarnya dengan jolokan “Rock”. Lokasinya adalah 2,400 kilometer di sebelah timur laut New Zealand dan berada di tengah-tengah garisan tiga segi dibentuk oleh tiga kepulauan iaitu Tonga (barat daya), Samoa (barat laut)  dan Cook Islands (tenggara).

Jumlah keluasan tanahnya ialah kira-kira 260 kilometer persegi yang didiami oleh 1,400 orang penduduk yang majoriti penduduk berbangsa Polinesia. Continue reading

Christmas Island (1,403 penduduk)

Christmas Island telah dijadikan sebagai salah sebuah tanah jajahan Australia setelah mendapat persetujuan peralihan kuasa daripada kerajaan United Kingdom pada tahun 1957. Lokasinya adalah terletak di Lautan Hindi di bahagian selatan Indonesia dan di bahagian barat laut Australia. Continue reading

Tokelau (1,411 penduduk)

Tokelau adalah sebuah negara kecil tanah jajahan New Zealand yang terletak di Lautan Pasifik Selatan dan mengandungi tiga buah pulau coral (atoll) tropika. Tokelau mempunyai jumlah keluasan tanah seluas 10km2.

Negara pulau kecil Tokelau ini hanya didiami oleh seramai 1,411 orang penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk adalah negatif (-0.9% setahun). Kebanyakan penduduknya adalah kaum pribumi yang berbangsa Polinesia. Continue reading

Norfolk Island (2,302 penduduk)

Norfolk Island ialah sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik yang terletak di antara Australia, New Zealand dan New Caledonia. Walaupun pulau ini adalah sebahagian daripada tanah jajahan kerajaan Australia, penduduknya mempunyai banyak kebebasan dalam urusan pentadbiran negara. Continue reading

Svalbard dan Jan Mayen (2,394 penduduk)

Svalbard dan Jan Mayen adalah dua buah pulau berasingan yang berada di bawah jajahan takluk kerajaan Norway semenjak tahun 1925 (Svalbard) dan 1929 (Jan Mayen). Jumlah penduduk di kedua-dua pulau ini ialah 2,394 orang sahaja sehingga 1hb Julai 2011. Continue reading

Falkland Islands (3,000 penduduk)

Falkland Islands adalah sebuah negara gugusan kepulauan yang terletak di bahagian selatan Laut Atlantik di bahagian barat laut Benua Amerika Selatan. Negara ini telah menjadi tanah jajahan Britain semenjak tahun 1833 namun sehingga kini masih menjadi rebutan dengan kerajaan Argentina. Continue reading

Saint Helena, Ascension dan Tristan Da Cunha (4,255 penduduk)

“Saint Helena, Ascension and Tristan Da Cunha” adalah sebuah negara gugusan tiga buah pulau utama iaitu pulau Saint Helena, pulau Ascension dan pulau Tristan Da Cunha. Pulau-pulau ini adalah terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang dikaitkan dengan “Atlantic Mid-Ocean Ridge”. Continue reading

Montserrat (4,932 penduduk)

Montserrat adalah sebuah negara kecil jajahan Britain yang menduduki tempat ke sebelas dalam senarai negara-negara yang mempunyai penduduk paling sedikit. Mengikut rekod catatan oleh United Nation pada 1hb Julai 2009, Monserrat mempunyai penduduk yang dianggarkan hanya seramai 4,932 orang.

Montserrat juga telah diberi gelaran sebagai ‘The Emerald Isle of the Caribbean’ kerana mempunyai persamaan seperti kepulauan Ireland dan juga mempunyai susur galur bangsa keturunan Irish di United Kingdom. Continue reading