Majlis dan Sambutan

Prosedur Perkahwinan

Perkahwinan adalah di anggap sebagai suatu ibadah yang amat di tuntut di dalam agama Islam. Perlaksanaan perkahwinan itu adalah di umpamakan sebagai membina sebuah masjid.

Dengan adanya perkahwinan dalam Islam, institusi kekeluargaan serta umat Islam akan terus berkembang biak dan menjadi semakin kukuh.

Namun begitu, segala peraturan serta syarat-syarat untuk melangsungkan perkahwinan haruslah di patuhi dan di pelajari oleh setiap individu muslimin dan muslimat bagi memastikan perlaksanaan yang bertepatan dengan syarak.

Bagi membantu melancarkan urusan perkahwinan ini, pihak Jabatan Agama Islam yang telah di amanahkan telah menyediakan beberapa prosedur yang harus di laksanakan di antaranya ialah:-

  1. Menghadiri Kursus pra-perkahwinan
  2. Mengadakan Pemeriksaan kesihatan
  3. Membuat Permohonan Nikah

Sebagai panduan, ada terdapat sedikit perbezaan di antara negeri-negeri mengenai prosedur pendaftaran pernikahan. Anda di nasihatkan agar pergi merujuk kepada Jabatan Agama di negeri masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sila rujuk :-

Doa untuk pengantin

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan bersabda,

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.”

Doa Pengantin kepada Pasangannya

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan pasanganku ini
dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan
kepadaMu dari keburukannya dan apa yang telah Engkau
ciptakan dalam wataknya.”

Perkara-perkara sunat dilakukan sepas Akad Nikah

1 –  Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Niat solat sunat nikah: “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama:Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-KafiruunRakaat keduaMembaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlasmembaca doa selepas salam
2 – Sujud Syukur
3 – Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah .

 
Selamat menempuh gaerbang rumahtangga dan semoga hifup terus diberkati.
Al-Kalam.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

  • 527,219 pengunjung

Top Posts & Pages

Kisah Rasulullah s.a.w Membina Ekonomi Umat Islam di Madinah
Keistimewaan Unta
Doa Masuk Masjidil Haram
Kegunaan Krim Tartar
Kisah kaum Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w.
Persediaan Fizikal Umrah
Asal Usul Tawaf
Petua Mencerahkan Mata
Petua Membersihkan Peti Ais
Asal usul nama Johor

  • 527,219 pengunjung